BERITA

PAS cabar Umno debat isu royalti

Muda Mohd Noor

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2009, 3:25 pagi

PAS Terengganu mencabar pemimpin Umno berdebat mengenai isu pembatalan bayaran royalti minyak ke kerajaan Terengganu.

"Saya boleh berdebat bila-bila masa," kata timbalan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

kuala terengganu by election pas daily pc 110109 wan mutalib "Panggillah peguam terbaik dia (Umno), saya boleh berdebat," katanya dalam sidang media harian PAS hari ini di Kuala Terengganu bersempena pilihanraya kecil parlimen tersebut.

Beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri sekarang yang beranggapan isu tersebut telah selesai pada Mac depan dan akan menarik balik saman terhadap kerajaan persekutuan yang berbuat demikian sejak 2000.

Tindakan mahkamah itu dijangka dibuat selepas Terengganu mendapat maklumat lengkap baki wang tersebut sejumlah RM1.5 bilion dari Kuala Lumpur, termasuk yang dihabiskan di beberapa negeri lain.

kuala terengganu by election bn poster billboard campaigns 080109 04 Kerajaan negeri dilaporkan sedang menunggu maklumat lanjut Kementerian Kewangan berhubung perkara itu, selain RM700 juta wang royalti Terengganu yang telah disahkan digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) untuk projek di negeri-negeri lain.

Sementara itu, Wan Abdul Mutalib mendakwa ada pihak tertentu yang hendak menampal poster BN sehingga mengganggu poster PAS di Kampung Nibong, Kuala Terengganu.

Katanya, lima lelaki yang lengkap dengan alat komunikasi walkie-talkie berada di kampung tersebut selepas tengah malam tadi.

"Orang kita yang ada di situ takut... mereka tidak berani pergi dekat.

"(Tetapi) kalau mereka buat lagi, kita akan buat laporan polis," katanya.

Bekas exco kerajaan Terengganu itu menambah, kehadiran begitu ramai anggota polis telah "menakutkan pengundi" Kuala Terengganu.

"Saya dimaklumkan ada kira-kira 10,000 anggota polis, menjadikan anggota polis paling ramai dalam pilihanraya kecil," katanya.

kuala terengganu by election nomination day 060109 police force Polis sebelum ini dilaporkan menyatakan hanya 6,000 anggota di tempatkan di beberapa lokasi strategik dalam kawasan parlimen tersebut bagi mengawal keselamatan.

Setiap empat DUN dalam parlimen ini diawasi oleh sekumpulan besar anggota polis yang didatangkan dari seluruh negara.

Wan Abdul Mutalib berkata kehadiran polis ini bertentangan dengan kenyataan pasukan itu sendiri yang telah mengisytiharkan pilihanraya kecil kali ini lebih terkawal daripada pilihanraya kecil Ijok, Selangor dua tahun lalu.

Sementara itu, calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata beliau tidak akan menyertai debat dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berhubung kontroversi royalti minyak.

Debat tersebut hendak dianjurkan oleh sebuah NGO yang berpejabat di Terengganu.

Wan Ahmad berkata, tidak ada isu yang hendak didebatkan kerana royalti minyak telah dikembalikan kepada kerajaan negeri Terengganu.

"Saya tidak menerima sebarang jemputan (untuk debat tersebut). Jika saya dapat pun, say atidak akan berdebat mengenai perkara yang telah diselesaikan," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat Umno Kuala Terengganu hari ini.

Awal hari ini, Majlis Perpaduan Rakyat Terengganu (Mampat) mengumumkan yang ia telah menghantar jemputan kepada kedua-dua calon untuk menyertai debat tersebut.

Pengerusi Mampat, Mohd Fauzi Abdul Samad berkata, debat itu dicadang diadakan pada jam 8 malam Khamis depan di Kelab Ekuestrian Terengganu.

Setakat ini, katanya, Mampat telah mendapat persetujuan lisan dari calon PAS, Mohd Abdul Wahid untuk menyertai debat tersebut.

Manakala Prof Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar juga, kata Mohd Fauzi, turut memberi persetujuan lisan untuk menjadi pemudahcara bagi majlis debat berkenaan.

Pihaknya, kini masih menunggu jawapan dari calon BN, Wan Ahmad Farid berhubung jemputan menyertai debat berkenaan.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.