BERITA

Ali Rustam kena 'boo' di KT

Muda Mohd Noor

Diterbitkan
Dikemaskini 17 Jan 2009, 6:43 pagi

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam 'diboo' oleh penyokong parti pembangkang apabila tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ini menyebabkan beliau - yang juga ketua Menteri Melaka - tidak dapat menghampiri pintu utama pusat mengundi sekolah kebangsaan tersebut.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 03 Mengulas mengenai kejadian itu, Mohd Ali berkata beliau kecewa dengan tindakan penyokong pembangkang yang terlalu ramai berkumpul di kawasan pusat pengundi sekolah berkenaan.

“Saya mendapat tahu mereka bukan orang tempatan. Sebaliknya adalah penyokong luar.

“Saya rasa SPR perlu mengambil tindakan untuk mengurangkan jumlah penyokong parti di kawasan tempat mengundi untuk memberi keselesaan kepada orang ramai menunaikan tanggungjawab (mengundi),” katanya

“Laporan daripada petugas-petugas peti undi BN, khusunya di DUN Wakaf Mempelam, calon BN Datuk Wan Farid sedang mandahului dengan majoriti kecil.

“Semua pusat mengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu menunjukkan mereka menyokong calon BN,” katanya.

Bekerja keras

N kuala terengganu by election 170109 polling day ipf aib ketua puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika ditemui di sekolah tersebut, berkata BN sedang mendahului.

“Ini berdasarkan kempen-kempen yang kita jalankan sejak dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Terengganu, Nordiana Shafie turut mengesahkan calon BN sedang mendahului dalam pengundi hari ini.

“Kita mendapat sokongan yang sangat positif dari semua peti undi di sini (Kuala Terengganu)

“Mereka bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN (Datuk Wan Ahmad Farid).

Sementara itu, dua pusat mengundi - Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga dan Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam - sibuk dengan orang ramai yang keluar mengundi sejak jam 8 pagi tadi.

Poster parti

Kedua-dua pusat mengundi tersebut terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

kuala terengganu by election 170109 polling day outside school 02 Orang ramai termasuk penyokong kedua-dua pihak mula memenuhi kawasan tempat mengundi sebelum jam 8 pagi.

Mereka membawa sepanduk masing-masing. Kawasan sekitarnya juga dipasang dan direntangi dengan kain pemidang dan bendera di sepanjang jalan di kawasan tempat mengundi berkenaan.

Mereka saling bersorak antara satu sama lain. Penyokong Barisan Nasional (BN) melaungkan perkataan “Hidup Barisan’, dan PAS pula bertakbir.

Di kedua-dua pusat mengundi berkenaan, tidak langsung kelihatan petugas, bendera dan kain retang PKR dan DAP. Yang hanya kelihatan adalah daripada PAS.

Polis kawal keadaan

kuala terengganu by election 170109 polling day cap Di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, kira-kira 100 penyokong PAS berkumpul di kawasan laluan utama pusat mengundi.

Mereka menunjuk-nunjukkan poster calon dan PAS kepada kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Manakala tidak jauh dari situ, kira-kira 100 petugas dan penyokong BN turut mempamerkan poster calon dan parti kepada orang ramai yang lalu lalang di situ.

Di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga juga kelihatan 100 anggota polis termasuk pasukan trafik mengawal keadaan orang ramai yang berkumpul dan mengawal lalulintas.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada sebarang kejadiaan yang tidak diingini berlaku.

kuala terengganu by election voting day 170109 umno supporter02 Pada waktu ini, suasana di kedua-dua tempat mengundi berkenaan semakin muram. Cuaca sekarang redup tetapi panas.

Di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam, dua pemimpin utama BN kelihatan sedang beramah mesra dengan petugas-petugas parti itu.

Mereka ialah Naib Presdien Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tiba di pusat mengundi kira-kira jam 11.30 pagi.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.