BERITA

Polis, AG dikecam kerana lewat bertindak

Diterbitkan
Dikemaskini 24 Jan 2009, 11:27 tengahari

Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang diharamkan, menuduh pihak polis dan peguam negara (AG) sengaja melengah-lengahkan siasatan terhadap kematian A Kugan, ketika dalam tahanan polis.

"Mengapa pihak polis dan pejabat AG memerlukan tiga hari sebelum mengklasifikasikan (kes itu) sebagai kes bunuh atau menahan anggota polis yang bertanggungjawab?

"Mengapa mereka yang melakukan perbuatan ini masih belum ditahan hingga ke hari ini?" tanya pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy, yang sebelum ini merupakan seorang peguam di Seremban.

Waytha Moorthy juga mendakwa pihak polis dan pejabat AG cuba menenangkan isu tersebut ekoran kecaman hebat terhadap kejadian tersebut.

"Hindraf mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan,," katanya.

Baca berita penuh

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.