BERITA

'Najib janji RM50 juta untuk lompat parti'

Kuek Ser Kuang Keng

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Feb 2009, 11:17 tengahari

Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat) di Perak supaya melompat parti.

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

perak pkr pc fauzi muda pc statutory declaration 010209 02 Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaannya itu, tetapi Fauzi sebaliknya mencabar Najib - yang juga timbalan perdana menteri - menafikan dakwaannya itu.

Ketika membaca akuan bersumpah setebal tiga muka surat itu dalam satu sidang akhbar di Ipoh pagi ini, Fauzi berkata, seorang kawannya, Sulaimen Mansor - seorang ahli biasa Umno - telah menjemputnya ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan pada 11 Mac 2008.

Tarikh itu merupakan tiga hari selepas pilihanraya umum yang menyaksikan Barisan Nasional kalah di Perak dan gabungan Pakatan menubuhkan kerajaan negeri, dengan majoriti tipis lima kerusi.

Bagaimanapun, Suleiman membawa Fauzi menemui tiga lelaki "termasuk timbalan menteri pertahanan, Datuk Zainal Abidin di plaza tol Jalan Duta.

"Selepas itu, saya dibawa bertemu (Datuk Seri) Najib Razak di kediamannya di Putrajaya di mana beliau cuba memujuk saya supaya melobi bagi mendapatkan dua Adun PR melompat menyertai BN," dakwa Fauzi.

Baca berita penuh

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.