Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hee sah keluar DAP
Diterbitkan:  Feb 4, 2009 3:35 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Jelapang, Hee Yit Foong hari ini mengesahkan bahawa beliau telah keluar dari parti itu.

hee yit foong Tindakan Hee itu menyebabkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak menjadi hampir lumpuh.

Semalam, dua Adun PKR - Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti.

Ekoran keputusan Hee itu, beliau juga kehilangan jawatan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Keputusan Hee keluar parti itu disahkan oleh setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

ADS