Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan rampasan terbaru dua akhbar PAS dan PKR, masing-masing Harakah dan Suara Keadilan .

Setiausaha bahagian itu Che Din Yusoh berkata, operasi itu dijalankan di seluruh negara, bukan di negeri-negeri tertentu seperti didakwa oleh pihak akhbar-akhbar utama pembangkang itu.

harakah confiscated 100209 Menurutnya, rampasan itu terpaksa dibuat kerana kedua-duanya didapati dijual secara terbuka kepada orang awam, sedangkan akhbar parti hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan jumlah terperinci rampasan.

"Saya tidak tahulah berapa (jumlahnya). Anak-anak buah saya yang buat," katanya.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

suara keadilan newspaper 201106 Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya.

Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas.

"Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah. Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini