BERITA

Tarif elektrik turun 1 Mac

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Feb 2009, 11:30 tengahari

dikemaskini Tarif elektrik diturunkan sebanyak 3.7 peratus daripada 32.5 sen/kWj kepada 31.31 sen/kWj, mulai 1 Mac 2009, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor mengumumkan di Putrajaya hari ini.

tenaga nasional and electricity 031208 Tarif bagi pengguna domestik turun purata 2.54 peratus manakala tarif untuk pengguna komersil dan industri masing-masing turun 2.7 peratus and 5 peratus.

Shaziman berkata pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah akan diteruskan sehingga 31 Disember 2009, lapor Bernama.

"Kerajaan juga telah menetapkan supaya talian elektrik seumur hidup bagi pengguna domestik yang menggunakan eletrik 200 sekwj ke bawah sebulan, juga dikekalkan pada kadar tarif sedia ada iaitu 21.8 sen sekwj memandangkan pengguna dalam kategori ini tidak mengalami sebarang kenaikan tarif eletrik sejak tahun 1998.

Bercakap kepada pemberita ketika mengumumkan penurunan tarif elektrik di Putrajaya hari ini, Shaziman berkata, kerajaan juga bersetuju supaya bekalan gas tambahan sebanyak 100 mmscfd (kaki padu standard sehari) akan diberikan kepada sektor industri dari sektor elektrik sebagai langkah kerajaan untuk menggerakkan sektor tersebut dan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk membuat pelaburan di negara ini.

Selain itu, katanya, pengguna industri yang layak juga masih terus menikmati tarif khas industri yang sudah pasti akan memberi impak positif kepada pihak industri.

Beliau berkata, katanya kementerian juga mencadangkan supaya syarikat pengagihan air yang tidak layak menikmati kemudahan tarif khas industri, diberi bantuan melalui diskaun tarif elektrik supaya kerajaan dapat memastikan tarif air adalah pada kadar yang tidak terlalu membebankan pengguna.

Kenyataan TNB

Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menyemak semula tarif elektrik untuk pengguna berkuat kuasa 1 Mac ini sejajar dengan keputusan kerajaan untuk mengurangkan harga gas bagi sektor kuasa sebagaimana yang diumumkan hari ini.

Kadar baru itu akan mencerminkan pengurangan dalam harga gas (dari RM14.31 Unit Thermal British untuk setiap Sejuta (MMBTU) kepada RM10.70 setiap MMBTU sementara mengambil kira kenaikan dalam harga arang batu (dari AS$75 setonne kepada AS$85 setonne), katan TNB dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Intipati utama kadar tarif yang baru adalah seperti berikut :-

bullet button Pengguna industri: pengurangan purata 5.0 peratus (dalam jajaran 4.8 peratus hingga 5.2 peratus);

bullet button Pengguna komersil: pengurangan purata 2.7 peratus (dalam jajaran 2.6 peratus hingga 2.7 peratus);

bullet button Pengguna domestik/isi rumah: pengurangan purata 2.54 peratus untuk penggunaan bulanan melebihi dari 200KWh (Kilowat jam) (pengurangan tarif dalam

jajaran 3.0 peratus hingga 4.7 peratus).

Bagi penggunaan bulanan sehingga 200kWh, tiada pengurangan tarif dikenakan memandangkan kadar itu dikekalkan pada tahap kadar bersubsidi yang tinggi pada 21.8 sen/kWh dalam semakan tarif sebelum ini sejak 1997.

Tarif bagi pengguna isi rumah yang menggunakan sehingga 200kWh atau sejumlah RM43.60 elektrik sebulan, dikekalkan pada 21.8 sen setiap kWh.

Rebat kerajaan bagi pengguna isi rumah yang menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan dikekalkan sehingga Disember, katanya.

Arang batu dan gas mewakili komponen utama kos bahan api TNB (arang batu mewakili kira-kira 40 peratus daripada jumlah kos bahan api sektor kuasa).

TNB menanggung hanya sebahagian daripada kos arang batu yang diperoleh memandangkan tarif yang disemak semula itu adalah berasaskan kepada harga arang batu pada AS$85 setonne.

Pengurangan dalam tarif elektrik ini adalah sebagai menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi mengurangkan impak penurunan pertumbuhan ekonomi semasa.

Butiran lanjut kadar tarif akan disiarkan dalam masa terdekat ini sebelum tarikh penguatkuasaan pada 1 Mac.

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.