BERITA

Adun Batang Ai meninggal dunia

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Feb 2009, 5:14 pagi

dublin unting ingkot Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting, 53, meninggal dunia pada kira-kira jam 1.25 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.

Beliau juga merupakan naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan menteri muda sukan dan pertanian Sarawak.

Mendiang dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak sembilan lalu setelah koma akibat serangan angin ahmar yang teruk pada Mei tahun lalu ketika ditemuramah oleh satu saluran RTM dalam kapasitinya sebagai Chef de Mission kontingen Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma).

DUN Batang Air terletak di kawasan pedalaman di wilayah selatan Sarawak, berdekatan dengan sempadan barat Kalimantan. Ia terletak kira-kira 200km di timur ibu negeri Sarawak, Kuching.

Unting berkhidmat sebagai menteri muda dalam kabinet kerajaan negeri Sarawak bagi penggal kedua.

Memandangkan pilihanraya negeri Sarawak hanya akan diadakan pada 2011, maka Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 bagi DUN Batang Ai itu.

Pilihanraya kecil

Mengikut undang-undang pilihanraya, SPR boleh membiarkan kerusi itu kosong sekiranya pilihanraya negeri perlu diadakan dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, dalam kes Batang Ai, tempohnya melebihi dua tahun sebelum penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berakhir.

bm version batang air state seat 240209 Dalam pilihanraya negeri 2006, Unting menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap). Batang Ai merupakan kawasan majoriti pengundi Iban.

Unting menang dengan majoriti 806 undi, apabila mendapat 3,295 undi manakala Bawin mendapat 2,489 undi.

Bawin telah menyertai PKR dan dilantik sebagai naib pengerusi parti tersebut.

Jika pilihanraya kecil diadakan, ia merupakan ujian pertama bagi Pakatan Rakyat di Sarawak sejak pilihanraya umum pada Mac 2008.

Tidak seperti negeri-negeri lain, Sarawak tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya umum.

Pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada Mei 2006 di mana parti pembangkang DAP berjaya memenangi beberapa kerusi dalam kawasan kubu kuat BN, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dari PBB.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Unting meninggalkan isteri Datin Froline Moriah Demies Impoi, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Setiausaha Agung PRS Wilfred Nissom, yang mengesahkan kematian Unting, berkata beliau melawat Unting malam tadi selepas mengetahui eadaannya semakin tenat.

Jenazah mendiang akan dibawa balik ke kediamannya di Jalan Kampung Stutong petang ini.

Sementara itu, Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata Unting merupakan seorang wakil rakyat yang berdedikasi dan komited untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Sarawak, terutama dari kawasannya.

.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan