Most Read
Most Commented
Read more like this

Sejak akhir-akhir ini, kita sering membaca pandangan serta sindiran tentang sistem pendidikan negara kita. Ada pihak yang menempelak kebijaksanaan sistem pendidikan yang sering berubah-ubah.

Sepanjang sepuluh tahun lalu, kita mendengar tentang sistem KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah), UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), sekolah wawasan, sekolah pintar, isu penggunaan bahasa Inggeris dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, kita juga difahamkan bahawa ramai anak masyarakat elit di negara ini dihantar belajar sama ada di sekolah swasta di dalam ataupun di luar negeri. Ini menunjukkan sebilangan besar masyarakat elit di negara ini tidak pasti atau tidak yakin dengan sistem pendidikan negara yang sedia ada.

Perlukah kita menyalahkan mereka yang berkedudukan dan mempunyai sumber kewangan berlebihan kerana menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah swasta di luar negeri? Atau perlukah kita melihat semula sistem pendidikan negara yang sering berubah-ubah?

Suatu ketika dulu, media massa riuh tentang beg pelajar sekolah rendah yang terlalu berat. Kemudian kita dimaklumkan satu sistem jadual anjal akan dilaksanakan supaya tidak membebankan anak-anak ini.

Sistem sekarang seolah-olah melalui terlalu banyak eksperimen dan kalau terdapat masalah, maka satu lagi eksperimen dijalankan terhadapnya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS