Most Read
Most Commented
Read more like this

Negara Asia Tenggara, khususnya Malaysia, tidak harus bersikap dingin terhadap konflik yang terus melanda Aceh walaupun ianya merupakan urusan dalaman Indonesia.

Seorang pemerhati media yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad Ibrahim memberitahu malaysiakini , adalah menjadi harapan rakyat Aceh supaya Malaysia memainkan peranan untuk mencari kedamaian di wilayah tersebut.

Harapan itu bukan sahaja berdasarkan sebab-sebab kemanusiaan, tetapi juga ikatan sejarah dan budaya yang erat di antara Malaysia dan Aceh yang rakyatnya adalah seagama dan serumpun.

"Ikatan sejarah masa lalu, antara Malaya dan Aceh, sangat erat. Apalagi, sebahagian rakyat Malaysia adalah dari keturunan Aceh (berdarah Aceh), contohnya seniman agung, Allahyarham (Tan Sri) P Ramlee," katanya dalam perbualan melalui Internet.

Walaupun mereka faham bahawa Malaysia tidak mahu dianggap sebagai mencampuri urusan dalaman Indonesia, ini tidak bermakna mereka harus terus berdiam diri..

"Walaupun Malaysia tidak boleh mencampuri soal Aceh, ia masih boleh bertolak ansur para imigran Aceh yang terpaksa ke Malaysia untuk mencari perlindungan. Pertolongan seperti ini, saya kira sudah cukup," katanya.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS