Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdebatan mengenai filem Sepet dan Gubra karya Yasmin Ahmad, dan terkini dengan dokumentari Amir Muhammad bergelar 'The Last Communist' oleh mereka yang menggelar diri mereka pengkritik dan pembikin wacana kebangsaan telah berjalan hangat sekali. Sekarang, ingin saya merakamkan sepatah dua persepsi saya mengenai isu hangat ini.

Pada hemat saya, ada beberapa sebab mengapa kedua-dua pengarah filem ini dan filem mereka telah dikecam. Pertama, mereka merupakan pembikin filem etnik (saya tidak mahu menggunakan perkataan 'bangsa' di sini atas sebab yang akan jelas kemudian) Melayu yang telah berani keluar daripada rangka yang biasa menyelubungi filem Melayu/Malaysia yang dibikin pengarah filem Melayu yang lain.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS