Umumnya, para penganalisis politik di Kuching terbahagi kepada tiga kumpulan utama. Pemerhati bebas, pemerhati berkepentingan serta pemerhati yang menerima arahan. Pemerhati bebas biasanya boleh berkata apa sahaja - kerana mereka bukan ahli parti siasah - majoritinya penganggur!

Pemerhati berkepentingan pula dimonopoli oleh kumpulan para peniaga kecil yang mengintai peluang mencari makan lebih besar. Manakala kumpulan terbesar pula terdiri daripada pemerhati yang menerima arahan, yakni ahli-ahli parti siasah, khususnya barisan Pemuda "Projek" BN.

Setakat pertengahan Februari 2008, khabarnya semua kerusi yang bakal ditandingi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap bumiputera sudah diisi. Sayap Pesaka tidak banyak perubahan, selain ramalan pertukaran wakil rakyat di Kapit menyaksikan pertembungan dua keluarga besar dalam parti itu.

Unlocking Article
Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini