Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Insiden rusuhan di Stadium Shah Alam malam tadi disifatkan kegagalan FAM sebagai badan induk bola sepak negara mendidik penyokong.

Justeru, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa, aspek pendidikan terhadap penyokong perlu menjadi salah satu aspek perlu diberi perhatian oleh FAM‎.

Beliau berkata, bola sepak merupakan sukan tertua yang mempunyai struktur pentadbiran yang sistematik dan intensif.

"‎Salah satu aspek ialah macam mana kita didik penyokong. Benda ini bukan tak boleh buat. Penyokong kelantan lima tahun dulu cukup ganas, kereta polis (pun) dibakar. Waktu tu penyokong lain tak berani datang ke stadium.

"Ada pasukan yang datang ke Kota Bharu siap bawa anggota tentera lagi.

"Tapi sekarang semua (orang berani) datang, sebab kita didik sikap disiplin di kalangan penyokong dan sekarang kita boleh kawal," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum itu Annuar mengadakan lawatan di Yayasan Pelajaran MARA. Beliau juga adalah Pengerusi MARA.

Kata Annuar berkata, badan- badan gabungan negeri dan nasional perlu merangka program pendidikan untuk penonton jika mahu keadaan berubah.

Sementara itu Annuar turut mengkritik kemudahan dan kawalan keselamatan di kebanyakan stadium di negara ini, termasuk di Kelantan.

Katanya‎, kemudahan stadium setakat ini masih tidak diperbaiki untuk membolehkan sistem kawalan keselamatan lebih baik.

"Kawalan keselamatan tetap longgar, penyokong boleh bawa masuk macam-macam ke dalam stadium sebab tiada penguatkuasaan," tegas beliau.

Lihat Komen
ADS