Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika pelbagai pihak menganggap langkah awal untuk menyelamatkan skuad Harimau Malaya adalah merombak FAM, badan induk bola sepak negara itu berpendapat sebaliknya.

Bagi FAM, tindakan meletak jawatan tidak boleh menyelesaikan masalah.

Naib Presiden FAM, Datuk Datuk Takiyuddin Hassan berkata seluruh jawatankuasa badan itu memang mengambil tanggungjawab terhadap situasi buruk melanda skuad kebangsaan ketika ini.

Namun katanya, melepaskan jawatan dalam FAM bukan jawapan yang dirasakan sesuai.

"Kita lihat peletakan jawatan bukanlah dapat menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya ringkas ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas pertemuan anggota Exco FAM di Kelana Jaya, hari ini.

Selepas diaibkan dengan dahsyat 0 - 10 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lalu, skuad Harimau Malaya gagal menyinar seperti diharapkan ketika menentang Arab Saudi pada Selasa lalu.

Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kecewa dengan perkembangan buruk itu turut mengumumkan cadangannya untuk meletak jawatan secara berperingkat.

Sementara itu Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, FAM sendiri kecewa atas apa yang berlaku dan akan mengambil tanggungjawab bersama.

"Setelah membincangkan semua perkara, kami memberi fokus kepada tindakan yang perlu dilakukan khususnya dalam konteks untuk mengembalikan perkembangan pasukan.

"Antara lain kami merumuskan lima perkara utama iaitu, pembangunan belia, liga tempatan, pengurusan FAM, status Harimau Muda dan status pasukan kebangsaan," kata Afandi.

Lihat Komen
ADS