Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebelas muka baru dipilih bagi melengkapkan 25 pemain pasukan bola sepak Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Daripada pemain baru itu, lapan adalah pemain tempatan iaitu Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi yang bermain di posisi penyerang dari skuad Piala Presiden, Mohd Qayyum Marjoni Sabil (pertahanan/Piala Presiden)dan Mohd Ramadhan Abdul Hamid (penjaga gol/Harimau Muda), Faizal Abu Bakar (penyerang/PDRM).

Pemain lain ialah Mohd Muslim Ahmad (pertahanan/PDRM), Indra Putra Mahayuddin (pemain tengah/Felda United), Abdul Manaf Mamat (penyerang/Terengganu) dan Mohd Daudsu Jamaluddin (pertahanan/Johor JDT).

Tiga pemain import baru ialah Jonatan Lucca (pemain tengah/Brazil), Dramane Traore (penyerang/Mali) dan Baze Ilijoski (penyerang/Macedonia).

Penjaga gol yang dikekalkan untuk musim ini ialah Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Shahrizan Ismail.

Pemain pertahanan yang dikekalkan ialah Tuan Muhammad Faim Tuan Zainal Abidin, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Mohd Farisham Ismail, Norhafiz Zamani Misbah, Zairul Fitree Ishak, Mohd Noor Hazrul Mohd Mustafa, Mohd Zafran Akramin Abdul Razak dan Jonathan David Mckain (Australia).

Pemain tengah yang dikekalkan pula ialah Wan Zack Haikal Wan Nor, Wan Zaharulnizam Zakaria, Brendan Gan, Mohd Badhri Mohd Radzi (ketua pasukan), Muhd Amir Zikri Pauzi dan Mohd Rozaimi Azwar.

Sementara pemain penyerang yang dikekalkan ialah Mohd Khairul Izuan Rosli dan Nor Farhan Muhammad.

Ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan Kelantan ialah K Devan.

Senarai nama pemain tersebut diumumkan pada perlawanan persahabatan antara PQPTRW dan Kuala Lumpur di Stadium Sultan Muhammad ke IV di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa dan Penasihat Kehormat KAFA Datuk Seri Hasmiza Othman.

- Bernama

Lihat Komen
ADS