Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Anak imam jujur walaupun Liverpool seri
Diterbitkan:  Jan 3, 2017 1:15 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Penyerang Liverpool Sadio Mane bersikap jujur walaupun pasukannya hanya mampu seri 2-2 berdepan Sunderland dalam aksi ke-20 EPL, di Stadium of Light, United Kingdom malam tadi.

Pemain kelahiran Senegal itu muncul sebagai hero di samping mengecewakan harapan penyokong Liverpool susulan tindakannya memberi peluang kepada pihak lawan memperolehi penalti kedua.

Di saat The Kop mendahului 2-1, bola terkena tangan Mane yang berada di kawasan kotak penalti ketika dia membuat benteng menahan sepakan bebas lawan.

Namun, tampanan bola pada tangannya dikesan pengadil perlawanan sekali gus menghadiahkan sepakan penalti untuk gol penyamaan Sunderland di minit ke-84.

"Terus-terang saya rasa bola itu terkena tangan.

"Pemain Sunderland mengasak, saya hilang kawalan dan bola terkena tangan," katanya jujur seperti dilaporkan Daily Express.

Jaringan penyamaan Jermain Defoe itu melenyapkan harapan Liverpool untuk mengutip tiga mata penuh di tempat lawan.

Mane sebelum itu menjaringkan gol kedua pasukannya untuk kedudukan lebih selesa selepas Sunderland menyamakan kedudukan 1-1 juga melalui sepakan penalti sebelumnya.

"Ya, saya rasa begitulah (layak penalti).

"Kami perlu hadapi perlawanan seterusnya dan menerima satu mata pada perlawanan ini," katanya yang juga anak seorang imam dari sebuah desa kecil di Bambali, selatan Senegal.

Keputusan itu mengekalkan skuad bimbingan Jurgen Klopp di tangga kedua EPL dengan mengutip 44 mata melalui 20 perlawanan musim ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS