Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
7 misi mustahil berjaya disudahkan Barcelona
Diterbitkan:  Mar 9, 2017 12:35 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

Sejarah baru tercipta di pentas Liga Juara-juara Eropah (UCL) yang menyaksikan kebangkitan paling dramatik awal pagi tadi.

Pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona menutup jurang defisit 0-4 dan melakar kejayaan untuk melangkah ke suku akhir UCL dengan membenam Paris Saint-Germain (PSG) 6-1.

Ia sekali gus memadamkan sejarah skuad Liverpool ketika The Reds membuat kebangkitan - dan menang - selepas tertinggal 0-3.

Pada perlawan pertama sebelum ini, Barcelona dicemaskan dengan kemenangan 4-0 oleh PSG pada Februari lalu.

Kemampuan luar biasa Lionel Messi dan rakan-rakan membolehkan Barcelona menundukkan PSG dengan agregat 6-5.

Sebelum ini tiada mana-mana pasukan berjaya layak ke peringkat suku akhir selepas tewas dengan defisit empat gol pada perlawanan pertama.

Namun, Barcelona sudah mencatat beberapa rekod kebangkitan semula (comeback) pada beberapa perlawanan berprestij dilalui mereka sebelum ini.

Berikut senarai kejayaan Barcelona membuta kebangkitan semula seperti dilaporkan Juara.Net:

  • Piala UEFA 1977-1978 (Ipswich Town)

Barcelona kalah 0-3 pada perlawanan pertama pusingan 16 kelompok akhir di gelanggang lawan. Pada pertemuan kedua, mereka merubah keadaan dengan jaringan sama hasil dua gol Johan Cruyff dan satu jaringan Carles Rexach.

Berlanjutan ke saingan penalti, Barcelona dengan mudah berjaya menyingkirkan lawannya.

  • Piala Winners 1978-1979 (Anderlecht)

Perlawanan ini berlaku pada perlawanan pusingan kedua. Situasinya lebih kurang dengan cabaran Ipswich Town, Barcelona ketinggalan 0-3 pada pertemuan pertama di stadium lawan.

Namun, di Camp Nou, hasil jaringan Hans Krankl, Ramon Heredia, dan Facundo Zuviria meletakkan kedua-dua pasukan terikat dengan 3-3. Ia memaksa pertandingan dilanjutkan ke masa tambahan dan penalti.

Ia berakhir dengan Barcelona menang 4-1 dan berjaya ke peringkat seterusnya.

  • Piala Champions 1985-1986 (Gothenburg)

Sama seperti dua cerita di atas, Barcelona memikul kekalahan 0-3 dari gelanggang lawan. Di Camp Nou, mereka menang 3-0 untuk agregat 3-3.

Sekali lagi mereka membawa pasukan lawan ke saingan penalti dan menang dengan jaringan 5-4.

  • Liga Juara-juara 1993-1994 (Dynamo Kyiv)

Barcelona kalah 1-3 pada aksi pertama pusingan awal UCL musim saat bertandang di gelanggang kelab dari Ukraine itu.

Di gelanggang sendiri, Barcelona perlu menewaskan lawan sekurang-kurangnya dengan beza jaringan 2-0. Kelab itu yang dibimbing Johan Cruyff menunjukkan taring mereka di hadapan penyokong sendiri.

Dua gol Jose Mari Bakero dan masing-masing satu gol Michael Laudrup dan Ronald Koeman, Barcelona berjaya ke pentas akhir dengan agregat 5-4 sebelum ditewaskan AC Milan di perlawanan akhir.

  • Liga Juara-juara 1999-2000 (Chelsea)

Barcelona kalah 1-3 kepada skaud The Blues di Stamford Bridge. Semasa kunjungan balas Chelsea ke Camp Nou, Barcelona menyingkirkan lawannya dengan jaringan sama melalui Rivaldo, Luis Figo dan Dani.

Agregat 4-4 memaksa kedua-dua kelab gergasi itu beraksi di tambahan masa. Tuah ternyata berpihak kepada mereka di 15 minit kedua melalui jaringan Rivaldo dan Patrick Kluivert.

 

  • Liga Juara-juara 2012-2013 (AC Milan)

Barcelona kalah 0-2 di San Siro dalam aksi pertama pusingan 16 kelompok akhir. Kekalahan ini menjadi salah satu kejutan besar susulan prestasi AC Milan ketika itu sedang merudum.

Bagaimanapun, Barcelona bangkit ketika beraksi di depan penyokong mereka. Dua gol Lionel Messi dan masing-masing satu gol David Villa dan Jordi Alba berjaya mencipta comeback pada perlawanan kedua itu.

  • Liga Juara-juara 2016-2017 (PSG)

Inilah comeback paling dramatik Barcelona. Tewas 0-4 di tempat lawan dan dibolosi satu gol lawan di Camp Nou yang memberi kelebihan kepada lawan jika kedudukan terikat seri, Barcelona terus membuktikan mereka bukan biasa-biasa, sekali gus bergaya ke suku akhir dengan kemenangan 6-1.

Kejayaan itu boleh dikatakan sangat mustahil mampu diraih mereka selepas PSG berjaya mencipta satu jaringan melalui Edinson Cavani pada perlawanan kedua ini. Ia menuntut Barcelona sekurang-kurangnya menjaringkan enam gol untuk mengatasi lawan.

Ternyata jaringan penentu tuah mereka hadir di minit-minit hujung masa tambahan time melalui Sergi Roberto.

Hasil jaringanya itu sekali gus memberi rekod terbaik Barcelonan sekali gus mencipt rekod baru dalam sejarah UCL. Inilah kali pertama sebuah kelab berjaya ke suku akhir walaupun tewas dengan empat gol pada perlawanan pertama.

Lihat Komen
ADS