Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Reaksi Fifa lepas 7 negara putus hubungan dengan Qatar
Diterbitkan:  Jun 6, 2017 4:44 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) tampil bersuara susulan tindakan tujuh negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Badan induk bola sepak dunia itu mahu memastikan komunikasi dengan negara Timur Tengah tersebut berhubung penganjuran Piala Dunia terus berlangsung.

Semalam, Arab Saudi dan sekutunya – Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir, Yaman, Libya dan Maldives membuat keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Ia susulan dakwaan Doha terlibat dengan kegiatan keganasan kerana mendukung Ikhwanul Muslimin, pergerakan paling tua dan berpengaruh dalam dunia Islam.

Justeru, Fifa mahu memastikan setiap negara terbabit dapat berkomunikasi bagi penyelenggaraan Piala Dunia 2022.

"Fifa sudah berbincang dengan penyelaras penganjur dan jawatankuasa eksekutif Piala Dunia 2022 dengan pihak tuan rumah.

"Namun, tidak ada yang boleh mengulas lagi isu ini," kata Fifa dalam kenyataan ringkas berhubung isu tersebut, hari ini.

Selain masalah hubungan diplomatik, persiapan Piala Dunia 2022 di Qatar juga dicemari dengan isu sampingan lain.

Penyelaras persiapan tempatan didakwa melayani pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan stadium dan fasiliti lain dengan buruk.

Pada April 2016, Pensyarah Universitas Harvard, John Ruggie, membuat laporan bebas mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia terhadap pekerja asing.

Hasilnya, terdapat 25 cadangan dalam laporan Ruggie yang semuanya menuntut Fifa bersikap tegas terhadap isu perlindungan pekerja untuk persiapan Piala Dunia 2022.

Lihat Komen
ADS