Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan

SUKAN SEA | Skuad bola keranjang wanita Malaysia mencatat kemenangan tiga kali berturut-turut selepas mengalahkan Indonesia sebanyak 15 mata, 72-57 di Stadium MABA.

Kejayaan skuad Malaysia dengan rekod tanpa kalah setakat ini memberikan peluang yang sangat cerah untuk mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA kali ini di Kuala Lumpur.

Pasukan negara sebelum ini merangkul pingat emas pada tahun 2015 di Singapura.

Malaysia mengalahkan Singapura (74-55) dan Vietnam (88-54) sebelum ini.

Yoong: 'Mereka perlu fokus'

Menurut ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan, Yoong Sze Yuin yang kelihatan lega dengan kemengan ke atas Indonesia menyatakan pertahanan separuh masa pertama agak longgar dan kurang efisien menyebabkan banyak mata jaringan dipungut pasukan lawan.

"Selepas menyaksikan perlawanan di antara Indonesia dan Filipina, saya rasa ada segilintir pemain kurang yakin berdepan Indonesia. Kadang-kala mereka kurang fokus pada awalnya dan yang penting, mereka dapat kembali memberi fokus dalam suku ketiga.

"Walaupun kita ketinggalan satu mata (30-31) dalam separuh masa pertama, perlawanan 'sebenar' baru bermula dalam suku ketiga. Mereka perlu mengekalkan mental yang kuat untuk menghadapi pasukan seperti ini," kata Yoong.

Pertemuan antara dua pasukan terbaik Asia Tenggara dan pemenang pingat emas dan perak dalam temasya Sukan SEA lalu sememangnya dinanti-nantikan kali ini.

Bagaikan legenda Lebron James

Pang Hui Pin yang dikenali sebagai 'Mulan' mendapat 14 mata, 10 rebound dan 7 assist, hampir-hampir mendapat triple-double. Kalaimathi Rajintiran pula mendapat pungutan mata dengan 16 mata, 7 rebound dan 4 assist.

Gelaran sebagai versi wanita Lebron James sangat sesuai untuk sumbangan Hui Pin yang banyak membantu pasukannya mengembalikan penguasaan dan kepimpinannya dalam gelanggang.

"Lebron James memang macam itu, beliau akan muncul pada masa yang memerlukan untuk memenangi mana-mana perlawanan. Apabila diperlukan, dia akan 'lompat' keluar," Hui Pin berkata sambil berketawa.

"Saya rasa kami perlu perhatikan keadaan dan apakah yang rakan sepasukan perlukan untuk atasi pihak lawan. Ini antara cara-cara saya untuk cuba membantu sebaik mungkin. Contohnya dalam separuh masa pertama, kami kurang mengawal kawasan perimeter dalam dan memberikan banyak jaringan kepada mereka," tambah Hui Pin.

Mengasak ke saat terakhir

Dari awal perlawanan lagi, kedua-dua pasukan saling berebut penguasaan dan pada akhir suku pertama, Malaysia hanya mendahului dengan satu mata di hadapan Indonesia, 15-14.

Eugene Ting menunjukkan prestasi yang mantap semalam membuktikan betapa pentingnya Malaysia memerlukan seorang pemain dalam untuk mendapatkan jaringan.

Pada dua minit terakhir, Eugene terpaksa direhatkan apabila mendapat empat foul.

Yap Fook Yee dan Kalaimathi sukar mendapat jaringan luar mahupun dalam, ditambah lagi gandingan Gabriel Sophia dan Augustin Retong yang mendominasi perimeter dalam jaringan.

Babak saat-saat akhir, Nur Izzati berjaya mengembalikan Malaysia dihadapan Indonesia dengan satu mata tetapi Agustin pantas meletakkan Indonesia kembali di hadapan dengan jaringan buzzer beater. Malaysia ketinggalan satu mata di belakang Indonesia pada separuh masa pertama, 30-31.

Walaupun ketinggalan satu mata pada separuh masa pertama, Malaysia kembali menguasai gelanggang bermulanya suku ketiga, hasil kawalan baik daripada Eugene Ting yang mengembalikan pendahuluan dengan lima mata sebelum foul-out pada empat minit terakhir suku ketiga.

Chong Yin Yin pantas merampas peluang dan memberikan Malaysia mendahului Indonesia dengan jaringan demi jaringan sebanyak 7 mata dan akhiri suku ketiga dengan kelebihan tiga mata, 50-47.

Malaysia mengawal suku keempat dengan sangat baik dan berjaya mengekang sebarang jaringan daripada Indonesia dalam lima minit pertama.

Gandingan Magdelene Low, Pang Hui Pin dan Kalaimathi melonjakkan Malaysia ke hadapan dengan jaringan 11 mata dan meranapkan harapan Indonesia untuk mengatasi skuad negara sehinggalah wisel penamat yang memberikan kemenangan manis buat negara.

"Filipina selepas kalah kepada Indonesia, mereka pasti akan cuba mengalahkan kita. Kami perlu bersiap siaga terutamanya dalam pertahanan dan kalau kita tidak dapat mengekang serangan mereka, kita akan kalah," kata Yoong semasa ditanya mengenai persediaan menghadapi Filipina.

Malaysia akan berentap dengan Filipina pada 24 Ogos, 11.15 pagi.

Lihat Komen
ADS