Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Rakyat Malaysia tidak sabar menanti hadiah istimewa sempena Hari Kebangsaan 2017 apabila skuad bola sepak negara bertemu Thailand pada aksi final untuk merebut ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Shah Alam, malam ini.

Di atas kertas, Thailand mungkin menjadi pilihan berdasarkan rekod pertemuan memihak kepada skuad ‘Gajah Putih’, namun sokongan padu rakyat Malaysia serta strategi Datuk Ong Kim Swee mampu menamatkan badi ke atas juara bertahan itu.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Thailand memiliki kelebihan dalam tiga perlawanan terbaru dengan kali terakhir 3-0 pada pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bawah 23 tahun di Bangkok, bulan lepas.

Ketika skuad itu dibimbing Frank Bernhardt, merekla kalah 2-1 kepada Thailand pada final Piala Negara-Negara tahun lepas dan tewas 4-0 di Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mac lepas.

Bagi Kim Swee, memori terindah meraih pingat emas di Sukan SEA Jakarta 2011, perlu diulangi dalam edisi kali ini di Stadium Shah Alam yang bakal dibanjiri 80,000 peminat tempatan dan penyokong Thailand.

“Di pentas akhir, di hadapan seluruh penyokong Malaysia, kami ingin menamatkan perlawanan esok dengan keputusan positif,” kata jurulatih itu pada sidang media praperlawanan akhir di sini hari ini.

Beliau percaya suasana perlawanan final bakal menyaksikan aksi berbeza anak buahnya selepas melakarkan rekod bersih dalam empat perlawanan peringkat kumpulan sebelum menijinakkan Indonesia 1-0 pada separuh akhir.

“Tak guna kita bermain cantik tapi tak menang,,,lebih-lebih lagi dalam final, keputusan adalah lebih penting,” katanya sambil menegaskan tiada pasukan pilihan dalam final.

Menurutnya, beliau mahu pemainnya menyerap semangat Hari Kebangsaan, yang disambut pada 31 Ogos ini, untuk meleburkan rekod Thailand.

Bagi Kim Swee, meskipun tanpa kelibat penyerang S.Kumaarhan yang mengalami kecederaan lutut, jurulatih berusia 46 tahun itu tetap yakin dapat menemui gandingan penyerang menggalas tanggungjawab besar malam esok.

Magis penyerang sensasi, N.Thanabalan pasti ditagih lagi seluruh rakyat Malaysia selepas penyerang Felcra FC itu mempamerkan persembahan hebat dalam setiap perlawanan, malah muncul wira membawa pasukan ke pentas final dengan jarringan tunggal ke atas Indonesia.

“Keadaan Kumaarhan masih lagi dalam pemantauan, namun kita mempunyai ramai lagi pemain yang sudah bersedia untuk menggempur benteng pertahanan Thailand,” kata Kim Swee.

Sementara itu, penolong jurulatih Thailand, Naruphon Kaenson menegaskan bahawa kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang dan rekod lalu bukan jaminan kepada kemenangan dalam aksi final.

“Anda tidak boleh banding keputusan lepas kerana ia tidak membantu meramal pasukan mana yang lebih baik...pentas final dan rentak permainan amat berbeza.

“Kami mengalah Malaysia bulan lepas tetapi Malaysia mengatasi Indonesia pada separuh akhir dan kami hanya seri dengan mereka (Indonesia) pada peringkat kumpulan,” katanya.

Katanya, pasukan yang bijak mengambil kesempatan dan kurang melakukan kesilapan mempunyai kelebihan merangkul pingat emas,

“Biar apa pun, kami akan lakukan yang terbaik di pentas final,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS