Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
TMJ cari 'budak topi merah'
Diterbitkan:  Oct 12, 2017 4:57 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaku tidak tersinggung dengan nyanyian 'FAM bangsat' oleh sekumpulan penyokong Harimau Malaya ketika perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong dua hari lalu, yang berkesudahan dengan kekalahan skuad negara.

Namun, di sebalik sikap terbuka itu Tunku Ismail berkata beliau ingin berjumpa dengan individu terbabit yang dirujuknya sebagai bertopi merah dan dilihat mengetuai nyanyian itu.

"Tiada masalah, saya pun menyanyi (FAM bangsat) juga dulu. Tidak salah untuk berasa kecewa, saya tak ambil hati.

"(Tetapi) budak pakai topi merah, aku nak jumpa dia... Kalau handal sangat, patut jumpa (dan) bercakap. 

"Kita manusia, bukan binatang nak makan satu sama lain," katanya secara bersahaja pada wawancara yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Menerusi rakaman kira-kira seminit, kumpulan penyokong Malaysia dilihat menyanyikan lagu tersebut di satu sudut di Stadium Hong Kong, sambil diperhatikan petugas perlawanan.

Wawancara yang dinamakan "Seseorang yang bertanggungjawab atas segala-galanya?" itu dipercayai diadakan bagi menjawab kritikan banyak pihak atas kekalahan skuad negara pada perlawanan itu.

Malaysia tewas 0-2 di tangan tuan rumah, dengan kapten pasukan Safiq Rahim dibuang padang seawal minit ke-39.

Setakat ini skuad negara belum mencatatkan kemenangan selepas tiga aksi kumpulan B pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Tunku Ismail turut mengakui FAM masih belum mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan.

"Semua orang mahukan kejayaan, menuntut keputusan (yang baik). Pada masa ini kita tidak dapat berikannya.

"Nasihat saya kepada mereka (penyokong yang terbabit), teruskanlah menyanyi lagu itu. Apabila anjing menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS