Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Nasib atlet E-Sukan tanpa IC masih tak diketahui

Status kewarganegaraan atlet E-Sukan Muhammad Aiman Hafizi Ahmad yang tiada kad pengenalan rakyat Malaysia masih tidak diketahui.

Ini meskipun selepas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 30 Ogos 2019, berkata beliau mahu membantu masalah Aiman yang tiada kewarganegaraan.

Aiman dilaporkan layak ke kejohanan Liga E-Sukan Asia Tenggara di China tetapi perlu mengosongkan slotnya kerana isu kad pengenalan diri.

Sepanjang hidupnya, dia dikatakan hanya mempunyai salinan surat beranak, dan tiada IC.

Menurut aktivis hak kanak-kanak, Dr Hartini Zainuddin, peluang Aiman yang bakal menyambut hari lahir ke 20 pada Ogos ini untuk menyelesaikan masalah status kewarganegaraannya akan bertambah sempit untuk kerana proses permohonan menjadi semakin sukar.

"Dia (Aiman) tiada kerakyatan. Dia sepatutnya mewakili Malaysia pada tiga kejohonan tetapi tiada kewarganegaraan. Jadi macam mana hendak dapat pasport.

"Kita (Malaysia) tidak masuk akal! Kita memberikan kewarganegaraan kepada pemain bola sepak bukan Malaysia tetapi bukan atlet berbakat yang dilahirkan di Malaysia," katanya di Twitter hari ini, tanpa memberi nama.

Dr Hartini mengulas isu ini selepas pemain bola sepak Kosovar, Liridon Krasniqi, yang bermain untuk pasukan bola sepak negeri Johor, telah menerima MyKad pada 3 Feb.

Hartini menjelaskan bahawa ibu Aiman seorang warga Indonesia yang melahirkan atlet itu di Malaysia kemudian tidak mahukan anaknya dan menghilangkan diri.

Aiman kemudian dibesarkan oleh ibu bapa angkat. Tetapi tanpa ibu kandungnya, Aiman tidak dapat menuntut kewarganegaraan Indonesia, menjaikan dirinya tanpa kewarganegaraan.

Permohonan Aiman menjadi warga negara Malaysia telah ditolak sekali, dan dimaklumkan permohonan keduanya pula tidak lengkap.

"Tiada siapa yang memberitahu keluarganya apa yang diperlukan untuk dihantar. Atau mengapa permohonan itu ditolak," katanya.

Beliau menjelaskan tahun ini akan menjadi peluang terakhir Aiman untuk memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, selepas itu proses permohonan akan menjadi lebih rumit untuk Aiman.

Perkara 15A perlembagaan menetapkan bahawa kerajaan persekutuan boleh mendaftarkan mana-mana orang di bawah umur 21 tahun sebagai warganegara Malaysia dalam "keadaan khas" yang difikirkannya patut.

Ketika dihubungi, Hartini memberitahu Malaysiakini bahawa proses permohonan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya dua setengah tahun untuk mendapat maklum balas, tetapi prosedur baru yang dirangka akan mengurangkan tempoh ini kepada satu tahun.

Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkannya memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15A jika pemohon berusia 20 tahun, katanya.

Hartini berkata Aiman merasa tidak mendapat galakan susulan masalah status kewarganegaraannya.

Hartini juga memberitahu Malaysiakini beliau juga telah memaklumkan kepada Syed Saddiq mengenai masalah Aiman pada enam bulan yang lalu, tetapi tiada apa yang berlaku sejak itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS