Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
Diterbitkan:  Dec 1, 2021 1:21 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

  • Dikemas kini dengan tambahan berkaitan hadiah untuk anggota pasukan KL City.

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim merungut dia tidak dipanggil turun ke padang semasa perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.

“Semalam saya hadir perlawanan bola sepak KL City lawan JDT. KL City champion (juara). Tahniah.

“Pengacara tidak jemput saya turun ke padang. Pengacara juga tidak sebut nama saya… SOKAY,” katanya di Facebook.

Meskipun begitu, Shahidan tetap menjanjikan "hadiah" buat para pemain yang berjaya mengakhiri kemarau panjang 32 tahun bagi skuad ibu kota menjuarai trofi tersebut.

"Pemain-pemain Kl City akan dapat hadiah nanti. Saya akan jemput mereka tidak lama lagi.

"Semalam saya hadir dengan penyokong-penyokong dari seluruh negara saya bawa," katanya dalam hantaran berasingan.

KL City FC bimbingan Bojan Hodak menjulang Piala Malaysia tahun ini selepas berjaya menundukkan JDT 2-0, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang kempen Piala Malaysia edisi ini.

Kali terakhir Kuala Lumpur mengungguli piala paling berprestij di Malaysia itu ialah pada 1989.

Semalam, rakan menteri, Annuar Musa yang juga presiden KL City FC, sempat turut menjulang piala itu di padang bagi meraikan kemenangan tersebut bersama skuad.

Annuar ialah sebagai presiden KL City.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS