Siapa sangka setiap pesanan yang diterima dan penghantaran yang berjaya disempurnakan membawa makna lebih besar daripada sekadar urusan perniagaan, mencerminkan harapan, semangat juang dan strategi kelangsungan ribuan usahawan kecil dan sederhana di Malaysia.

Dalam suasana ekonomi yang mencabar, perniagaan kini semakin beralih kepada platform penghantaran fleksibel untuk menyelaraskan operasi, mengurus kos, dan memaksimakan kepuasan pelanggan.

Lalamove, platform penghantaran atas permintaan yang menjadi antara pilihan utama usahawan tempatan, mendedahkan hasil tinjauan terbarunya yang dijalankan antara September hingga Oktober melibatkan 100 responden perniagaan, dengan 45.7 peratus menyenaraikan kos logistik sebagai cabaran utama bagi tahun hadapan.

Pada masa yang sama, lebih 60 peratus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kekal optimis atau berpandangan positif terhadap prospek perniagaan menjelang 2026, mencerminkan ketahanan serta kemampuan usahawan tempatan menyesuaikan diri dan mencari peluang di sebalik cabaran ekonomi serta perubahan rantaian bekalan.

Ketelusan, Keselamatan dan Harga Berpatutan

Bagi kebanyakan usahawan, kejayaan perniagaan hari ini bukan sekadar bergantung pada produk atau harga, tetapi pada seberapa cepat dan selamat ia sampai ke tangan pelanggan. Tinjauan Lalamove mendapati 62 peratus responden bergantung pada perkhidmatan logistik dalam operasi harian mereka, dengan lebih separuh menggunakan Lalamove beberapa kali seminggu.

Trend ini memperlihatkan bagaimana perkhidmatan penghantaran atas permintaan semakin menjadi tulang belakang kepada perniagaan untuk kekal tangkas dan berdaya saing, khususnya dalam sektor runcit, makanan dan minuman (F&B), serta pembuatan yang bergerak pantas.

Apabila diminta memilih apa yang paling penting dalam memilih platform penghantaran, tiga perkara utama muncul:

  • Harga yang telus tanpa caj tersembunyi

  • Keselamatan penghantaran

  • Kos yang berpatutan

Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, menjelaskan bahawa logistik kini bukan lagi sekadar urusan belakang tabir, tetapi telah menjadi strategi penting untuk pertumbuhan PKS.

“Kami lihat semakin ramai PKS menggunakan Lalamove bukan sahaja untuk menjimatkan kos, tetapi juga untuk meluaskan capaian, meningkatkan kelajuan penghantaran, dan kekal kompetitif dalam pasaran yang semakin pantas berubah,” katanya.

Perkembangan ini selari dengan peningkatan trend PKS Malaysia yang semakin mengguna pakai model perniagaan hibrid, daripada kedai jualan langsung hinggalah dapur awan, yang memerlukan infrastruktur penghantaran yang fleksibel dan boleh diskala.

Teh menekankan bahawa dengan menghubungkan perniagaan kepada kapasiti penghantaran yang boleh dipercayai, Lalamove bukan sahaja membantu PKS berkembang, malah memberi peluang kepada pemandu untuk menjana pendapatan sendiri — satu model yang menyokong pertumbuhan perniagaan sambil memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia.

Fleksibiliti logistik terkini

Apabila ditanya tentang perkhidmatan penghantaran yang biasanya digunakan dengan Lalamove, responden menunjukkan kecenderungan kuat terhadap perkhidmatan motorsikal dan kereta, dengan masing-masing dipilih oleh 72% pengguna.

Menariknya, hampir 80% pengguna memilih pelbagai jenis perkhidmatan penghantaran, daripada motorsikal hingga lori, menunjukkan mereka mengutamakan fleksibiliti berdasarkan keperluan semasa.

Kepelbagaian ini menonjolkan keupayaan Lalamove untuk menyokong pelbagai jenis keperluan penghantaran—daripada penghantaran bandar yang ringan dan pantas, sehingga penghantaran pukal yang lebih besar dan kritikal untuk perniagaan.

Sedia menyokong peniaga menjelang musim kemuncak

Menjelang hujung tahun, lonjakan dalam aktiviti ekonomi dijangka menyusul seiring dengan kedatangan musim perayaan dan pelancaran acara-acara besar tempatan, memacu peningkatan permintaan perkhidmatan penghantaran dalam kalangan PKS.

Untuk memenuhi keperluan ini, Lalamove tampil dengan penyelesaian penghantaran fleksibel seperti Penyelesaian Korporat  dan Misi Pesanan  untuk membantu perniagaan menyesuaikan operasi dengan pantas mengikut permintaan, serta menawarkan ganjaran rebat yang membolehkan perniagaan menjimatkan kos sambil mengekalkan pertumbuhan sepanjang musim sibuk.

Ketahui bagaimana Penyelesaian Korporat  dan Misi Pesanan Lalamove dapat membantu optimumkan operasi usahawan hari ini! Layari laman web Lalamove untuk maklumat lanjut.


Siri On-Demand Delivery ini adalah hasil kerjasama dengan Lalamove