Dilema Loh dan Pemuda Umno...
Ekoran apa yang berlaku terhadap YB Loh Seng Kok (MCAKelana Jaya), maka mitos semangat muafakat Barisan Nasional (BN) telah dicemari oleh tindakan agresif Pemuda Umno Kelana Jaya (PUKJ).
Sebagai seorang wakil rakyat, Parlimen memang merupakan tempat yang sesuai untuk Loh menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu negara, termasuk ketidakseimbangan sukatan buku teks sejarah, atau masalah agama yang dihadapi oleh bukan Islam.
Ekoran apa yang berlaku terhadap YB Loh Seng Kok (MCAKelana Jaya), maka mitos semangat muafakat Barisan Nasional (BN) telah dicemari oleh tindakan agresif Pemuda Umno Kelana Jaya (PUKJ).
Sebagai seorang wakil rakyat, Parlimen memang merupakan tempat yang sesuai untuk Loh menyuarakan pandangannya mengenai isu-isu negara, termasuk ketidakseimbangan sukatan buku teks sejarah, atau masalah agama yang dihadapi oleh bukan Islam.
Jika PUKJ tidak setuju dengan pandangan wakil rakyat mereka, adalah mereka berhak menyuarakan pandangan yang berlainan, malah boleh berdebat dan mengemukakan bantahan.
Namun, 'kunjungan' mendadak 50 ahli PUKJ pada jam 9.30 malam dengan sikap 'tidak mahu mendengar sebarang penjelasan', dan menggertak'tindakan' akan diambil jika'kata dua' mereka tidak dijawab dalam beberapa hari tentu bukan amalan yang boleh dianggap'demokratik' dan 'rasional', sesuai dengan apa yang dinamakan semangat muafakat BN!
Kekasaran seumpama pernah dilakukan terhadap DAP atau Suqiu. Tetapi kebelakangan ini ia dihalakan kepada pemimpin parti komponen BN sendiri. Ini suatu petanda yang membimbangkan kerana Pemuda Umno sudah menjadi begitu sensitif dan agresif, dan bersedia mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang berani menyentuh isu agama dan apa-apa isu yang dianggap 'sensitif' dan 'menyakitkan hati orang Melayu'.
Kemuka pandangan
Logik mereka amat sukar difahami. Sepatutnya PUKJ mengadakan perbincangan atau berdebat dengan Loh atau mana-mna pihak yang menyokong Loh. Jika PUKJ menolak cadangan Loh supaya ditubuhkan Jabatan Pembangunan Agama dengan alasan ia boleh memudaratkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara maka mereka juga boleh mengemukakan pandangan mereka.
Mungkin dalam benak mereka penuh sesak dengan konsep-konsep hak keistimewaan orang Melayu, ketuanan Melayu, Negara Islam, maruah bangsa dan isu-isu sensitif yang lain, sehingga tidak termuat lagi konsep-konsep hak asasi manusia, hak demokrasi, hak perlembagaan rakyat, dan kesamarataan/kesetarafan kedudukan kaum dan sebagainya.
Rasanya beberapa ulasan oleh pembaca Malaysiakini yang saya petik dan terjemah seperti berikut mungkin berguna kepada PUKJ, jika mereka sudi merujuk dengan rendah hati dan tenang.
Tanya Sufi: Sifat Umno yang angkuh dan perkauman terbukti sekali lagi dalam kejadian ini. Jika Parlimen bukan tempat untuk seorang ahli Parlimen menyuarakan kepentingan rakyat, maka di manakah tempatnya? Sikap penafian dan takut kepada bayang-bayang sendiri telah menjadi musuh Malaysia sendiri.
Shufiyan Shukur pula berkata: Saudara sebangsa saya dengan sombong berfikir, kamilah yang membina negara ini. Biarlah saya memberitahu mereka, yang lain juga telah pernah menumpahkan darah untuk negara ini.
Seorang lagi pembaca, Enough is Enough, terlalu kecewa dengan Datuk Hishamuddin Hussein yang menyaran supaya isu agama didebat secara tertutup. Pembaca ini menyoalkan sama ada Hishamuddin juga telah memberi nasihat yang sama kepada MP Jerai (Bahruddin Amiruddin yang menengking "Malaysia negara Islam, you tak suka keluar" ) dan budak-budaknya yang mencerobohi bangunan orang lain serta mengancam hendak membakarnya?
Politikus muda
Tambahnya lagi, tidakkah Hishamuddin sendiri juga pernah menghunuskan keris di tempat awam? Tengok sekarang siapa pula yang bercakap tentang " berdebat secara tertutup"?
Dari fakta dan soalan yang dikemukakan Enough is Enough seperti di atas, maka timbullah persoalan mengenai halatuju Pemuda Umno?
Mungkin tepat juga analisis Ariffin yang mengatakan beliau nampak segelintir politikus muda sedang tekun memperalatkan isu agama dan fakta sejarah untuk memanjat ke atas.
Katanya: "Apa yang mereka mahu ialah peluang seperti isu yang dikemukakan Loh, agar diperbesar-besarkan dan digunapakai sebagai senjata untuk menunjukkan apa yang dinamakan 'kepimpinan' mereka, dan membolehkan mereka dikenali, maka lombong emas pun menunggu mereka !"
"Ujian sebenarnya sekarang", menurut Rightan, "ialah sama ada YB Loh akan dengan cepat menarik balik ucapannya dalam Parlimen mengikut teladan pemimpin parti yang lebih kanan daripadanya ( masih ingat kejadian 9 orang ahli kabinet yang terkenal?), yang berpura-pura tidak berlaku apa-apa kerana takut mempertahankan pendirian mereka. Wajarkah akhirnya membiarkan rakyat bangsa Malaysia membuat keputusan membenarkan diri mereka dikasari oleh segelintir sekumpulan fanatik yang kecil?"
Demikianlah dilema Loh dan juga dilema PUKJ.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.