Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sinead tuduh hos TV bekal dadah kepada Prince
Diterbitkan:  May 6, 2016 3:00 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Hos program bual bicara dan pelawa Arsenio Hall mengemukakan saman ke atas penyanyi Sinead O'Connor, lapor media hari ini.

Semuanya gara-gara satu status dibuat penyanyi kelahiran Ireland itu dalam Facebook.

Melalui kemas kini itu Sinead mendakwa Hall membekalkan dadah kepada mendiang Prince yang meninggal dunia pada 21 April lalu.

Saman Hall difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles hari ini.

Melalui tuntutan berkenaan Hall yang terkenal dalam program The Arsenio Hall Show mendakwa Sinead berbohong mengenainya.

Dalam dokumen dikemukakan di mahkamah Hall menyatakan Sinead tidak mengenai Prince malah menghina penyanyi When Doves Cry itu.

Sinead pernah mencipta nama yang gemilang dengan lagu ciptaan Prince, Nothing Compares 2 U pada 1990.

Status Sinead itu dimuat naik di Facebook pada Isnin lalu. Dia mendakwa penyiasat kes kematian Prince, 57, perlu mendapatkan keterangan daripada Hall, 60, jika mereka mahu mengesan pembekal dadah untuk penyanyi berkenaan.

Sinead, 49, juga menuduh Hall memberikan dadah kepada Prince.

"Arsenio saya sudah melaporkan kamu kepada pejabat sherif daerah Carver. Tunggulah panggilan mereka," katanya di Facebook.

Status itu dikongsi lebih 3,300 kali sehingga petang ini.

Sementara itu ejen Sinead belum memberi komen mengenai saman dikemukakan Hall itu.

Lihat Komen
ADS