Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kesukaran hidup dorong Sinead mahu bunuh diri
Diterbitkan:  Dec 2, 2015 6:00 PM
Dikemaskini: 10:04 AM

Kesukaran hidup yang terpaksa ditempuh oleh penyanyi Sinead O'Connor mendorongnya untuk mengeluarkan kenyataan membunuh diri menerusi alam maya.

Status itu dimuatnaik oleh Sinead menerusi akaun Facebook Isnin lalu sebelum dibawa ke hospital kerana dikatakan sengaja mengambil dos berlebihan.

Sinead atau nama asalnya Sinéad Marie Bernadette O’Connor, 48 kini dipercayai berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Sehari kemudian, sekali lagi menerusi Facebook, Sinead meluahkan perasaan yang terbuku mengenai harapannya terhadap keluarganya.

Sebenarnya, tujuan Sinead memuatnaik status itu sebagai memberi mesej kepada keluarganya meminta dirinya diberi perhatian.

"Kamu datang ke hospital untuk melihat saya memakai alat sokongan hidup, tetapi kamu pergi sebelum saya sempat membuka mata.

"Sejak itu kamu tidak kembali lagi.

Ibu kepada 3 anak

"Tolong beritahu mengapa kamu memperlakukan saya begini? Saya memerlukan kamu dan kasih sayang kamu," tulisnya.

Luahan terbuka itu dipercayai ditujukan kepada anak Sinead.

Sinead ibu kepada tiga anak lelaki Jake, 28, Shane 11 dan Yeshua, 8 manakala anak perempuan Roisin, 19.

Kejadian ini bukan pertama kali buat Sinead, penyanyi yang sering menimbulkan kontroversi itu sebenarnya sering menggunakan Internet sebagai alat untuk menyampaikan kerinduannya kepada anaknya.

Arits itu juga dikatakan sering tertekan dan mengalami kemurungan sepanjang hidupnya selain mengakui pernah mengalami penderaan kanak-kanak.

Satu ketika dulu, Sinead artis wanita yang banyak mendapat perhatian apabila muncul di pentas dengan berimej ala-ala botak, sering membawa lagu berunsur kemarahan dan kadang-kala memakai baju berbentuk luar biasa.

Penyanyi yang terkenal di era 1980-an itu berasal dari daerah Dublin, Ireland.

Dia pernah memberi nafas baru untuk lagu nyanyian Prince Nothing Compares 2 U yang kemudian diterbitkan sebagai single keduanya bagi album studio I Do Not Want What I Haven’t Got.

Lagu itu melonjakkan nama Sinead di seluruh dunia sekitar tahun 1990-an.

Harapan Sinead dalam luahannya itu agar anak-anaknya dapat memberi sedikit perhatian kepadanya.

Minta disayangi

Dalam kenyataan bercampur-baur itu, pada mulanya Sinead menganggap anaknya tidak mengendahkannya tetapi tidak berapa lama kemudian dia menulis lagi dan meminta mereka supaya menyayanginya.

"Jika saya tidak memuatnaik mengenai perkara ini, sudah tentu anak dan keluarga saya tidak tahu apa yang terjadi.

"Mungkin saya sudah mati kerana tidak seorang pun antara mereka yang mengambil kisah.

"Datanglah dan beritahu kamu sayang saya kerana sudah berminggu saya merindui kamu semua.

"Kini saya bersendirian datanglah menjenguk saya jangan layan seperti saya tidak layak untuk disayangi dan tidak bernilai.

"Tolong. Jika kamu sayang saya datang dan buat saya lebih mengerti apa sebenarnya yang terjadi," katanya.

Lihat Komen
ADS