• Mahasiswa Indonesia pula demo di kedutaan M'sia
  • 1283604333
  • Pelajar berpakaian ala tentera seramai  40 orang merupakan kumpulan terbaru yang menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai sasaran demonstrasi berikutan insiden di peraiaran berhampiran Pulau Bintan pada 13 Ogos lalu.

    Dalam aksi selama satu jam 15 minit itu, mereka yang mendakwa dari Resimen Mahasiswa Indonesia menyatakakan siap untuk berperang  secara fizikal dan bukan fizikal dengan Malaysia dan meminta rakyat  Indonesia bersikap perang dengan Malaysia.

    NONEKumpualan penunjuk perasaan itu turut meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas dalam menjaga kedaulatan wilayah Indonesia dan  memohon Malaysia meminta maaf kepada Indonesia serta menghormati negara itu.

    Pada suatu ketika mereka bertolak-tolakan dengan anggota Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia.

    Mereka memberitahu akan mengadakan satu lagi demonstrasi di tempat  sama pada 7 Sept.

    Beberapa kumpulan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia serta bangunan milik syarikat Malaysia di Jakarta bagi menunjukkan kemarahan berhubung insiden yang membabitkan pihak berkuasa negara tersebut yang ditahan dalam perairan Malaysia.

    Malaysia dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu pada Isnin ini bagi membincangkan insiden tersebut.

    - Bernama
    • Polis Marin M'sia nafi bogelkan pegawai Indonesia
    • 'Sweeping': Pak polis ini polis Indonesia atau M'sia?
    • Hina bendera: Pemuda Umno, NGO serah bantahan
    • GERTAK serah memo ke kedutaan Indonesia esok
    • PAS, pembangkang Indo bincang isu pendatang
    • Dua ditahan cuba bakar bendera Indonesia
    • Pelajar M'sia di Indonesia diarah berwaspada
    • Tangkapan pegawai Indo: M'sia tak akan minta maaf
    • Demo Jakarta: Bendera M'sia dibakar, diludah
    • Demonstrasi desak halau duta M'sia
    • Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak
    • Hina M'sia: Hubungan KL-Jakarta tak terjejas