Debat SAR PAS-Umno tertutup
Debat PAS-Umno mengenai isu sekolah agam rakyat (SAR) akan berlangsung secara tertutup bertempat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur Ahad ini.
Debat itu adalah antara Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayob.
Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman yang akan mempengerusikan debat itu, berkata hanya mereka yang menerima kad jemputan ke majlis itu sahaja dibenarkan masuk ke Balai Budaya Tun Syed Nasir.
Debat itu, anjuran Pemuda Umno Bahagian Cenderoh dan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dengan kerjasama DBP, dijadualkan bermula jam 8.30 malam.
Ketika dihubungi malaysiakini petang ini, Aziz berkata jawatankuasa penganjur sudah memperuntukkan 300 kad, masing-masing untuk Pemuda Umno dan Pemuda PAS, manakala 200 kad lagi dikhaskan untuk DBP.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung kad undangan atau pas masuk boleh diajukan kepada Puan Rossilawaty Sheriff dari sekretariat DBP menerusi talian 03-21483185.
Masalah teknikal
Menurut Aziz lagi, satu mesyuarat akan diadakan di DBP petang esok di antara semua pihak terbabit dalam debat itu bagi membincangkan terperinci mengenai persiapannya.
Ditanya mengapa debat itu diadakan secara tertutup, beliau berkata, pihak polis membenarkan ianya diadakan tetapi secara tertutup.
Lagi pula, katanya, Balai Budaya Tun Syed Nasir agak kecil dibuka kepada orang ramai untuk turut sama mengikuti debat terbabit.
Selain masalah teknikal, kata beliau, pihaknya juga akan terpaksa memasang beberapa skrin tambahan sepertimana ketika berlangsungnya majlis ucaptama mengenai isu Palestin Mei tahun lalu.
Di majlis ucaptama itu, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor (presiden PAS) masing-masing memberi ucapan berhubung permasalahan yang melanda rakyat Palestin.
Report this comment

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.