Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui bahawa ada pihak yang cuba menubuhkan Umno di Sarawak, namun usaha seperti itu tidak akan berhasil kerana penubuhan parti itu di negeri berkenaan tidak akan diluluskan oleh Umno pusat.

NONE Beliau berkata demikian ketika mengulas desas desus mengenai penganjuran rumah terbuka sempena sambutan hari raya aidilfitri bulan lalu, yang dikatakan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Penaja Umno Negeri Sarawak.

Aktiviti pergerakan yang diketuai pengerusinya Affendi Jeman itu mula dikesan sejak Jun 2007, apabila dilaporkan ia telahpun membuka sebanyak 113 cawangan penaja, dengan keahlian seramai sekurang-kurangnya 15,000 orang.

"Ada orang nak buat Umno Sarawak, orang Sarawak sendiri yang cuba (buat)... Baru-baru ini saja terkejut (apabila diberitahu) ada rumah terbuka Umno Sarawak. Saya kata mana ada Umno Sarawak? Umno tidak ada di situ.

"Kalau (jawatankuasa) penaja, (Umno pusat) yang akan taja, tapi kita tidak terlibat. Saya tidak boleh kata mereka (berniat) sabotaj BN. Mungkin mereka berniat baik, saya tidak tahu.

NONE "Tidak pernah terlintas di fikiran kami langsung sebab kita ada anggota yang kuat di sana. Kita masih lagi bekerjasama dengan PBB, SPDP, SUPP dan PRS.

"Ada di kalangan anggota kita yang lemah tapi tidak semestinya kerana mereka lemah, kita suruh mereka berambus. Itu bukan cara BN," katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata sikap yang ditunjukkan di kalangan anggota komponen BN di negeri itu juga bakal menentukan sama ada Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dikekalkan sebagai ketua menteri.

Katanya, Abdul Taib bukanlah satu liabiliti kepada BN, walaupun ramai di kalangan pemimpin yang sezaman dengan presiden PBB itu telah berundur daripada jawatan masing-masing.

umno sarawak pro tem office 210407 shop lot "Saya percaya bahawa komponen BN di Sarawak mahu terus memerintah, Jadi, terpulang kepada mereka, siapa yang patut ketuai negeri.

"Kita hanya boleh nasihat dan tengok apa yang terbaik untuk mereka, tapi akhirnya terpulang kepada pilihan mereka," katanya lagi.

Ditanya lanjut, beliau berkata, dakwaan yang timbul melibatkan Abdul Taib hanyalah satu persepsi yang dicipta oleh pembangkang di negeri itu.

"Ada banyak persepsi, mungkin dibuat kerana perwatakan (Abdul Taib) yang kuat. Sebab itu mereka terus memperlekehkan (Abdul Taib)," katanya lagi.

ADS