Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Putrajaya tumbang, Umno akan kelaparan
Diterbitkan:  Dec 10, 2010 10:07 AM
Dikemaskini: 4:31 AM

Tujuan pemimpin Umno dan BN bermati-matian untuk mempertahankan Putrajaya bukan kerana demi kepentingan rakyat, tetapi untuk memastikan suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan terus terpelihara , kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

pas muktamar 130610 idris ahmad Idris mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya BNl bersungguh-sungguh mempertahankankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara ketika taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam, semalam.

“Gesaan yang dibuat oleh timbalan presiden Umno itu sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat kerana mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui mereka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Idris, pemimpin Umnojuga bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan generasi muda.

Muhyiddin, kata beliau sepatutnya rasa malu, kerana alasan untuk mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dijaja sedangkan seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianati amanah rakyat selama 53 tahun.

NONE “Sekarang, kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.

“Sepatutnya timbalan presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempis, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” sindirnya.

Beliau juga membidas Muhyiddin yang melemparkan kata-kata berikut kepada Pakatan Rakyat - “Kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin.”

azlan “PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.

“Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov lalu, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember lalu, RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?” soalnya.

PAS, katanya mengingatkan kepada rakyat, khususnya di Selangor jangan memulangkan semula mandat kepada BN pada pilihan raya akan datang.

selangor water demo crowd “Jika BN menang, segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan di mana air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.

“Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa,” katanya.

ADS