Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggambarkan PAS dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai oportunis dengan cuba meletakkan dirinya sebagai pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bakal perdana menteri.

NONE Nazri ( kiri ) berkata, keputusan pemilihan PAS Sabtu lalu merupakan petanda bahawa pemimpinnya, terutama Hadi, sedar bahawa mereka perlu berusaha menguasai Pakatan Rakyat.

"Jika Hadi fikir mereka boleh tawan Putrajaya, maka dia (fikir) akan jadi PM kerana Anwar sekarang dalam masalah," kata Nazri, merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat dan video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang itu.

Sabtu lalu, ramai calon bukan ulama menang dalam pemilihan parti itu. Selepas 20 tahun, perwakilan juga memilih calon bukan ulama Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS yang baru.

NONE Selain ketiga-tiga naib presidennya terdiri daripada golongan bukan ulama, sekurang-kurangnya 10 daripada anggota jawatankuasa pusatnya juga daripada kumpulan sama.

Nazri yang juga anggota majlis tertinggi Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS menunjukkan kesedaran bahawa mereka tidak mampu mengambil alih tampuk kekuasaan tanpa sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, mengulas ucapan dasar Hadi dalam muktamar PAS yang menyebut parti itu kini memfokuskan kepada agenda negara kebajikan berbanding negara Islam, Nazri berkata, ia tidak banyak berbeza dengan yang dijuarai Umno sekarang.

"Saya rasa Hadi rasa beliau boleh menjadi PM, walaupun saya sendiri rasa beliau tidak mampu untuk itu. Beliau cuba meyakinkan DAP bahawa harimau bintang sudah menukar tompoknya," katanya.

[baca berita penuh]

ADS