Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahrom hari ini mendakwa beliau mempunyai saksi bagi membuktikannya tidak bersalah atas dakwaan khalwat dengan isteri orang di Kuantan pada Sabtu.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speech "Saya bukan berdua-duaan. Anak perempuan itu dan beberapa orang lagi turut berada di situ," katanya yang enggan mendedahkan saksi itu pada masa ini.

Bernama sebelum ini melaporkan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz sebagai berkata, "seorang pemimpin PKR" ditangkap khalwat di sebuah hotel di Balok penguatkuasa badan agama itu.

Badrulamin yang juga ketua cabang PKR Sabak Bernam menafikan dakwaan itu dan beranggapan kejadian itu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkannya.

Beliau disiasat bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dipanggil memberikan keterangan di Kuantan hari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrulamin menegaskan beliau tidak bersalah dan merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Ghazali dan media yang melaporkan dakwaan itu.

"Kenyataan yang dibuat timbalan pengarah JAIP berniat jahat dan sengaja hendak memalukan saya," katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kesnya itu sebelum memberikan keterangan petang ini dan perlu mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.

"Petang ini hanyalah siasatan awal. Saya hanya datang dengan peguam saya untuk beri keterangan. Isteri saya juga ikut untuk sokongan moral," katanya lagi melalui SMS selepas itu.

Sumber dakwa kes tak kuat

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, kes khalwat itu tidak kuat kerana ketika pegawai JAIP sampai bilik kejadian sudah penuh dengan orang.

Memetik sumber JAIP, akhbar web PAS itu melaporkan, pegawai mereka hanya sampai ke bilik 8365 Hotel Swiss Garden sekitar jam 4.30 pagi dan mendapati Badrulamin tidak ditangkap berdua-duaan.

Pintu bilik berkenaan pula sudah terbuka dan Badrulamin dikelilingi oleh beberapa lelaki, kata sumber itu lagi.

Harakahdaily juga menafikan laporan blog pro-Umno bahawa Badrulamin hanya bertuala ketika ditangkap dan kononnya Harakah (versi cetak) membuat laporan muka depan penangkapan itu.

ADS