Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

NONE "Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan

daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

"Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib.

NONE Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis rumah terbuka Deepavali di perkarangan kompleks Batu Caves anjuran MIC hari ini.

Turut hadir pada ialah Presiden MIC Datuk G Palanivel, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sebelum ini, terdapat kontroversi bantahan daripada kaum India meminta agar kondominium Park Avenue di kawasan Batu Caves dihentikan.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu.

Pada 7 November lalu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek bangunan setinggi 29 tingkat itu bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

NONE Selain itu, ketika berucap, Najib turut berkata akan

mempertimbangkan supaya kompleks batu Caves itu menjadi sebuah tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Najib berkata, permohonan bagi menjadikan tempat itu sebagai warisan dunia akan dibuat pada tahun 2015 selepas tempoh menganggotai World Heritage Committee (WHC) tamat.

"Kabinet melalui kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan meminta supaya Batu Caves ini dapat dipertimbangkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco.

"Ada sikit soal teknikal kerana pada masa ini Malaysia masih merupakan anggota World Heritage Committee. Kita tak boleh buat permohonan pada masa ini kerana takut berlaku pertembungan," katanya lagi.

Najib turut berkata, sempena hari Deepavali hari ini, beliau bersama ahli kabinet lain telah memutuskan untuk memberikan cuti am sempena perayaan itu kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

"Walaupun tak begitu besar kesannya tetapi sebagi simbolik, kabinet telah memutuskan cuti am hari Deepavali dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan. Walaupun labuan tak ramai orang hindu, tetapi secara simbolik Labuan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan dan layak terima hari Deepavali sebagai cuti am," katanya.

 

1. Liu: S'gor mungkin batal kelulusan kondo Batu Caves

2. S'gor tubuh pasukan bebas siasat isu kondo Bt Caves

3. Karpal gesa S'gor batal projek kondo Batu Caves

4. 300 berdemo aman bantah projek kondo di Batu Caves

 

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

 

ADS