S'gor tubuh pasukan bebas siasat isu kondo Bt Caves

Nigel Aw        

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu berkaitan pembinaan kondominium kontroversi berdekatan kuil Subramaniar di Batu Caves.

azlan "Kami mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas hakim," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Anggota jawatankuasa ini termasuk pihal yang terkenal dalam bidang perancangan, peguam dan mereka yang mempunyai kaitan dalam bidang industri (pembinaan) ini."

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata segala perincian dan jadual masa akan diumumkan selepas perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat exco esok.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In