Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Deepak muncul di Stadium Merdeka
Diterbitkan:  Jan 12, 2013 11:57 AM
Dikemaskini: 4:03 AM

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan muncul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Merdeka pagi ini, kira-kira tiga jam sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat dijadualkan bermula.

Deepak yang mengenakan baju-T dan berkasut sukan pada mulanya berarak bersama dengan pemimpin dan penyokong PAS dari ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laun pada jam 11 pagi.

NONE "Saya ke sini untuk menunjukkan sokongan saya kepada semua rakyat Malaysia. Kami datang bersama-sama untuk menuntut bahawa kerajaan perlu mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil. Orang ramai telah sedar - ini bukan tsunami, ini adalah gempa bumi.

Apabila ditanya sama ada dia mahu berucap di atas pentas lewat  petang ini, beliau menjawab: "Jika saya diberi peluang, ya."

Kehadiran Deepak menarik perhatian orang ramai, yang antaranya mengambil peluang untuk bergambar dengannya.

'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'

    

Bercakap kepada Malaysiakini pada malam tadi, Deepak berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega hari ini.

Katanya, beliau bersedia berbuat demikian sekiranya Pakatan Rakyat boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka.

"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

ADS