Bercakap dalam satu forum malam tadi, Ahli Sosiologi Abdul Rahman Embong berkata, autonomi perlu diperluaskan lebih tinggi dalam pengurusan institusi hal ehwal pentadbiran dan kewangan sendiri.
Beliau menambah lagi, universiti tidak sepatutnya menjadi seperti pusat perkhidmatan awam, kilang, pasar raya atau sekolah tinggi."Universiti harus menjadi sebuah universiti yang merupakan tempat untuk memberi ilmu di mana pelajar dan pensyarah bersama-sama menuntut ilmu, menghasilkan pengetahuan, bertukar idea, berbahas dan sebagainya untuk menyemai semangat mencari kebenaran, semangat untuk menyiasat dan mencipta," katanya.
[baca berita penuh]