Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang pelajar tingkatan dua yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta meninggal dunia selang beberapa minit selepas ibu bapanya membuat sidang media mengenai dakwaan kecuaian hospital tersebut.

G Tinasha, 14 dimasukkan ke hospital berkenaan akibat demam pada Ahad malam lalu, kata ibunya, I Uthayabavani.

"Beliau dimasukkan ke wad kecemasan pada sekitar jam 8.30 malam. Sekitar tengah malam, anak saya mengadu sakit kepala dan raya loya.

"Seorang jururawat kemudian memberikan satu ubat dengan arahan seorang pegawai perubatan,” katanya dengan tersedu-sedan.

Surirumah berusia 46 tahun itu percaya bahawa anaknya mungkin diberikan ubat yang salah.

Pada kira-kira jam 5 pagi, degupan jantung Tinasha terhenti dan paras oksigennya merudum, yang memaksa kakitangan perubatan menjalankan rawatan awal pemulihan jantung CPR dan diletakkan bawah sistem sokongan hidup.

Uthayabavani dan suaminya, B Ganesan Rao, seorang pemandu teksi membuat laporan polis ke atas hospital berkenaan.

Nama hospital berkenaan tidak disiarkan buat masa ini, sementara mendapat reaksinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS