Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Rafizi bersama rakyat atau peniaga petrol?'
Diterbitkan:  Jan 8, 2015 2:33 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

Ketua Biro Hak Asasi dan Undang-Undang Gerakan Baljit Singh mempersoalkan apa yang Naib Presiden PKR Rafizi Ramli benar-benar mahukan dalam isu harga petrol di negara ini.

B eliau bertanya sama ada Rafizi benar-benar menyebelahi rakyat atau peniaga petrol.

Merujuk kepada kenyataan Rafizi bahawa mekanisme penetapan harga petrol yang digunakan tidak adil kepada peniaga, Baljit ( kiri ) berkata:

“Jika harga minyak naik, rakyat akan menderita.

"Yang mana satu dia lebih suka? Rakyat hilang wang atau kedai minyak buat duit?”

Baljit berkata, orang awam sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang, walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan.

“Perkara ini berlaku kerana kebanyakan peniaga tidak bertanggungjawab,” katanya.

GST akan dilaksana pada April tahun ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS