Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis Australia buat serbuan kes skandal MARA
Diterbitkan:  Jun 25, 2015 11:00 AM
Dikemaskini: 11:13 AM

Polis Persekutuan Australia dilaporkan mengadakan serbuan di Melbourne berhubung pembelian hartanah yang didakwa dikaitkan dengan ahli politik Malaysia.

Akhbar harian Australia The Age hari ini melaporkan pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah di Vermont Selatan, Melbourne pagi ini dan merampas komputer dan fail bagi membantu siasatan mereka.

Laporan itu menyebut, serbuan itu adalah sebahagian siasatan mengenai rasuah dan pengubahan wang antarabangsa yang dikaitkan dengan skandal itu dan dipercayai beberapa lagi harta akan menjadi sasaran.

Serbuan itu adalah sebahagian Operasi Carambola bagi menyiasat skim yang didakwa "melibatkan rakyat Malaysia menggunakan hartanah bernilai berjuta dolar Australia untuk melabur wang dan mengembalikan 'sogokan' kepada Asia," kata laporan itu.

Skim itu didakwa melibatkan MARA, dan mengundang desakan supaya Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa dipecat.

Laporan penyiasatan The Age itu mendakwa sekumpulan pegawai Malaysia, dengan menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, membida harga untuk blok apartmen itu daripada A$17 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juta (RM65 juta).

Akhbar itu mendakwa, tambahan A$4.75 juta (RM13.7 juta) itu kemudiannya didakwa dibawa keluar dari Australia melalui pengubahan wang haram dan didakwa dibayar sebagai sogokan di Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS