Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kenyataan terbuka PAS yang menganggap Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai musuh mereka adalah isyarat jelas bahawa gabungan pembangkang kini bergolak teruk.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN memang tahu pakatan pembangkang sedang bergolak.

"Biar mereka bergolak lagi," katanya di sidag media selepas merasmikan ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ditanya pendapatnya mengenai kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengenai cabaran dihadapi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap di Kuala Selangor Iskandar berkata PAS bercadang untuk bertanding di 25 kerusi dewan undangan negeri dan mungkin berdepan cabaran daripada AMANAH.

Tengku Adnan berkata pada dasarnya BN tidak mahu campur tangan atau membuat kenyataan mengenai parti lain.

Namun, pada pandangannya gabungan pembangkang boleh dianggap seperti lalang kerana tidak mempunyai pendirian jelas.

"Parti yang ada pendirian hanya BN," katanya.

Ketika ini AMANAH mempunyai dua wakil di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Saari Sungib yang dari kawasan Hulu Kelang dan Hasnol Baharudin (Morib).

Kedua-dua mereka sebelum ini bertanding - dan memenangi kerusi itu - melalui tiket PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS