Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin daftar parti baru BERSATU hari ini
Diterbitkan:  Aug 9, 2016 9:59 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mendaftar parti politik baru hari ini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Perkara ini disahkan oleh sumber yang rapat dengan Muhyiddin.

Menurutnya, ia akan menggunakan kependekan BERSATU.

Muhyiddin dikatakan akan tampil sendiri mendaftar parti itu di Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya petang ini.

Parti itu menyasarkan sokongan anggota Umno yang tidak puas hati dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin sebelum ini dipecat sebagai timbalan presiden parti manakala naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keanggotan, yang kemudian menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai protes.

Langkah itu dilihat sebagai membuang duri dalam daging yang tidak puas hati dengan kepimpinannya susulan dakwaan skandal 1MDB dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib.

BERSATU dispekulasi akan membuka keanggotaan kepada bumiputera sahaja susulan nama dipakaikanya.

Muhyddin dijangka menjadi presidennya manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula akan dilantik pengerusinya.

Lihat Komen
ADS