Naib Canselor UPM belum terima arahan letak jawatan
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Mohd Zohadie Bardaie berkata beliau belum menerima sebarang arahan rasmi untuk melepaskan jawatannya walaupun sebelum ini terdapat laporan bahawa Lembaga Pengarah UPM memintanya berbuat demikian.
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Datuk Dr Mohd Zohadie Bardaie berkata beliau belum menerima sebarang arahan rasmi untuk melepaskan jawatannya walaupun sebelum ini terdapat laporan bahawa Lembaga Pengarah UPM memintanya berbuat demikian.
Prof Mohd Zohadie yang sebelum ini "membisu" apabila enggan mengulas isu dan kemelut itu sejak krisis dalaman UPM dilaporkan oleh akhbar Isnin lalu, berkata sehingga ini, beliau masih bertugas seperti biasa berikutan tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak.
"Nantilah...nantilah saya akan beritahu apabila saya tahu kelak. Sehingga itu saya akan bertugas seperti biasa sehingga diberitahu kelak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di UPM di sini hari ini.
Menurut laporan Bernama, i su peletakan jawatan itu bermula apabila akhbar Isnin lepas melaporkan bahawa Lembaga Pengarah UPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Zainul Ariff Hussain telah mendesak Prof Mohd Zohadie supaya meletak jawatan.
Desakan itu dikatakan dibuat pada mesyuarat tergempar lembaga itu pada Rabu minggu lalu, tanpa kehadiran Prof Mohd Zohadie, walaupun beliau adalah ahli jawatankuasa kanan lembaga berkenaan.
Shafie jumpa Dr Zainul
Sementara itu, Dr Shafie berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Dr Zainul Ariff bagi membincangkan kedudukan Dr Mohd Zohadie.
Beliau memberikan tarikh pertemuan tersebut tetapi berharap dapat diadakan dalam jangka masa terdekat.
"Saya akan berjumpa dengan Tan Sri Dr Zainul Ariff untuk brief saya. Keputusan sama ada hendak memecat naib canselor bergantung kepada Lembaga Pengarah universiti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran E-Pembelajaran dan Kad Skor Berimbang di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUTTHO) hari ini.
Shafie berkata, sebagai seorang yang dibayar gaji oleh kerajaan dan diamanahkan olehnya (kerajaan) untuk melaksanakan dasar-dasarnya adalah wajar bagi mereka mematuhi arahan yang telah diputuskan olehnya.
Shafie berharap masalah di UPM itu dapat diselesaikan segera.
Menurutnya, isu tersebut turut dibincangkan oleh kabinet pada mesyuarat mingguannya semalam dan kabinet menyerahkan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu.
Menurut Shafie, langkah memindahkan program aeroangkasa itu ada kaitan dengan hasrat kementeriannya mahukan kesemua 17 buah universiti di negara ini mempunyai program pengkhususan atau "niche market" mereka tersendiri dengan kekuatan di dalam bidang-bidang pengajian tertentu.
Kementerian mahukan universiti-universiti tempatan menggembleng kepakaran yang mereka miliki dalam usaha untuk mencari "niche market" mereka.
Jika tidak digembleng kekuatan tersebut, mereka tidak akan ke mana, katanya.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.