Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NFC menang saman dengan Rafizi, tuntutan pada Mkini ditolak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli memfitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Ini susulan kenyataan Rafizi bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan harta tanahnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan bagaimanapun menolak tuntutan ganti rugi Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail terhadap Malaysiakini kerana melaporkannya.

Azizul mengarahkan Rafizi, yang juga setiausaha agung dan naib presiden PKR, untuk membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC.

Mereka juga diberikan kos RM100,000.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan NFC dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada Malaysiakini.

Dalam reaksi segeranya, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata hakim mengiktiraf tugas wartawan melaporkan perkara berkaitan kepentingan awam.

Katanya, Malaysiakini menyiarkan pandangan NFC berkaitan perkara itu pada hari yang sama sidang media Rafizi dibuat di parlimen.

“Seperti kata hakim, Malaysiakini melaporkan secara adil dan munasabah.

“Hari ini hari yang gemilang, bukan sahaja untuk Malaysiakini tetapi juga seluruh wartawan-wartawan di Malaysia,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS