'PRU16 tanpa BN, khemah besar' - Amanah akan cadang ke Majlis Presiden PH
Presiden Amanah Mohamad Sabu akan membawa cadangan supaya Pakatan Harapan (PH) bertanding pada pilihan raya umum ke-16 (PRU16) tanpa bekerjasama dengan BN ke mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu.
Cadangan itu terkandung dalam usul yang diluluskan perwakilan pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Shah Alam hari ini. BN kini rakan PH dalam kerajaan perpaduan.
"Ini hanya saranan. Pakatan Harapan yang akan putuskan.
"Kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat (Majlis Presiden Pakatan) Harapan akan datang," kata Mohamad kepada pemberita selepas konvensyen berkenaan.
/file/attachments/orphans/asabia4_315451.jpeg)
Menurut Mohamad, yang juga menteri pertanian dan keterjaminan makanan, Amanah berpandangan PH lebih baik menamatkan kerjasama dengan BN dalam kerajaan.
Merujuk kekalahan PH kepada BN dalam tiga pilihan raya negeri baru-baru ini, dia berkata pengundi keliru apabila kedua-dua gabungan bekerjasama dalam kerajaan tetapi bertanding sesama sendiri dalam pilihan raya.
Sementara itu, Mohamad juga dijangka membawa cadangan Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil supaya PH memperluas kerjasama dengan parti berteraskan Melayu, termasuk Bersatu, ke Majlis Presiden gabungan itu.
Bagaimanapun, katanya, idea membentuk "khemah besar" itu masih di peringkat awal.
/file/attachments/orphans/amanahagm1_163113.jpeg)
"Belum ada perbincangan rasmi lagi. Cuma (Setiausaha Agung Bersatu) Azmin Ali dan beberapa orang lain datang (ke konvensyen Amanah).
"Keputusan perlu dibuat melalui mesyuarat. Ia tidak boleh dilaksanakan jika Amanah sahaja yang bersetuju dengan idea ini.
"Kita perlu melakukannya bersama-sama. Jadi, kita akan bawa perkara ini juga ke mesyuarat," kata Mohamad.
Dia yang juga timbalan pengerusi PH, menegaskan Amanah akan akur dengan apa jua keputusan Majlis Presiden gabungan itu.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/asabia_278656.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.