Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Malaysia 'amat menghina' Korea Utara, kata Pyongyang

Kedutaan Korea Utara menuduh Malaysia sebagai "amat menghina" kedaulatan republik itu berhubung siasatan mengenai pembunuhan Kim Jong-nam.

Jawapan itu diberikan ketika Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan kenyataan Duta Korea Utara Kang Chol yang menuduh Malaysia tidak bersikap adil dalam penyiasatan berkenaan sebagai 'penghinaan' manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meyelar duta itu kerana ‘kebiadapan diplomatik’.

Dalam satu kenyataan petang ini, Pyongyang menuduh Malaysia cuba menuding jari kepada Korea Utara, antara lain, dengan menamakan dan mengenal pasti si mati seperti yang didakwa oleh Korea Selatan.

Ia juga tidak berpuas hati dengan tindakan Putrajaya yang meminta waris terdekat si mati untuk memberikan sampel DNA bagi tujuan mengesahkan identiti mangsa secara positif.

"Ini amat menghina kedaulatan Republik Rakyat Demokratik Korea, satu tindakan menyalahi undang-undang antarabangsa dan adat resam serta keistimewaan diplomatik.

“Pada masa sama Malaysia bersekongkol dengan dakwaan Korea Selatan," katanya.

Merujuk kepada kenyataan Anifah, kedutaan itu berkata, siasatan yang tidak berpihak sepatutnya adalah berdasarkan keterangan oleh kedua-dua suspek wanita dan bahan bukti jenayah.

"Sudah sepuluh hari sejak kejadian itu berlaku tetapi polis Malaysia tidak menemui sebarang bukti daripada suspek yang ditangkap.

"Sekiranya Malaysia tidak terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas oleh Korea Selatan atau media asing, mereka perlu menghormati kami dalam siasatan," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi tadi menolak tuntutan Korea Utara untuk terlibat bersama proses penyiasatan.

Jong-nam meninggal dunia pada 13 Februari lalu selepas mukanya ditekap dengan bahan kimia yang dipercayai racun oleh wanita di KLIA2 ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Mendiang yang adalah bang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS