Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jangan beli rumah tanpa jaminan 'Tiada EOT', kata HBA

Bakal pembeli rumah perlu menangguhkan pembelian mereka buat masa sekarang sehingga mendapat kepastian bila hartanah akan siap, nasihat Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), hari ini.

Ini adalah sehingga kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan memberi jaminan tanpa sebarang keraguan untuk tidak memberi lanjutan masa (EOT) kepada pemaju, berkata Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong.

Selain itu, jelas beliau, para pembeli rumah perlu menuntut pemaju mengeluarkan suatu aku janji yang tidak boleh ditarik balik bahawa mereka tidak akan mendapatkan EOT daripada kementerian.

Kenyataan HBA itu adalah susulan daripada jawapan Parlimen pada 3 April yang lalu oleh menteri terbabit, Tan Sri Noh Omar mengenai sejumlah 304 EOT diberikan oleh menteri dan pegawai perumahan sejak 2014.

"Jadi sekarang, nampaknya tiada kepastian dalam tarikh siap lagi, kerana menteri itu seolah-olah menggunakan kuasa.

"Oleh kerana itu, mungkin pembeli rumah yang pintar perlu menangguhkan pembelian, bermakna kita tidak akan membeli sehingga adanya kepastian," kata Chang kepada Malaysiakini selepas sidang media mengenai isu itu di Kuala Lumpur hari ini, bersama-sama dengan pembeli rumah yang terjejas.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS