Kerajaan digesa bantah penyiaran karikatur hina Nabi Muhammad
Terjemahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghantar bantahan kepada kerajaan Denmark berhubung penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Terjemahan Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa kerajaan supaya menghantar bantahan kepada kerajaan Denmark berhubung penyiaran karikatur Nabi Muhammad yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Persatuana itu, yang mendakwa mempunyai 100,000 ahli, juga menggesa Copenhagen supaya memohon maaf berhubung penyiaran 12 karton dalam akhbar negara itu Jyllands-Posten September lalu.
"Sebagai sebuah negara Islam, kita menganggap perbuatan itu satu penghinaan terhadap kita," kata Noor Nirwandy Noordin, penyelaras projek kumpulan yang menganjurkan pemulauan barangan Thailand berikutan layanan terhadap penduduk Islam di negara itu.
"Kami mahu kerajaan Malaysia, Perdana Menteri kita, menghantar bantahan kerpada Denmark," katanya kepada AFP.
"Denmark mesti menghantar, melalui kedutaannya, surat rasmi pemohonan maaf kepada masyarakat Islam di Malaysia...adalah penting mereka memohon maaf kepada setiap negara Islam di dunia," katanya.
Krisis diplomatik
Umat Islam amat marah terhadap perbuatan menyiarkan imej Nabi Muhammad yang telah mencetuskan krisis diplomatik dan mengancam hubungan dagangan Denmark dengan dunia Islam.
Karikatur itu termsukkan imej Nabi Muhammad memakai serban berbentuk seperti bom-masa, dan disiarkan dalam sebuah majalah Norway Januari lalu.
Umat Islam kini semakin kecewa dengan usaha mengaitkan Islam dengan aktiviti militan, dan menurut Noor Nirwandy, persatuannya dihujani panggilan dari ahli, mendesak supaya memulaukan barangan negara berkenaan.
"Isu ini amat, amat sensitif, dan ia perlu ditangani dengan cermat kerana kita tidak mahu Islam dirujuk sebagai agama keganasan.
"Permohonan maaf akan 'menghantar isyarat' kepada negara-negara lain supaya menghormati agama lain," tambahnya.
Noor Nirwandy berkata, kerajaan Denmark perlu mengambil tindakan memulihkan tanggapan negatif terhadap negara itu, dan meredakan kemarahan umat Islam atau menghadapi akibatnya.
"Jika mereka tidak menanganinya sepertimana sepatutnya, mereka mungkin menghadapi tindakan pemulauan barangan mereka di semua negara Arab dan Islam.
"Itu akan menjamin perkara yang sama tidak lagi berulang pada masa akan datang," katanya. Berita asal
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.