Khairy tidak akan minta maaf
Menantu Perdana Menteri, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menantu Perdana Menteri, yang juga Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selasa lalu, Anwar dalam ucapannya di majlis makan malam anjuran PKR bahagian Segambut berkata, beliau akan menghantar surat saman kepada Khairy yang menuduhnya sebagai ejen Yahudi dan pengkhianat kepada orang Melayu.
Menurut Anwar, , surat saman itu akan dihantar peguamnya kepada Khairy pada keesokannya iaitu hari Rabu.
Bekas timbalan perdana menteri itu juga menuntut Khairy meminta maaf kepada beliau berhubung kenyataan tersebut.
Bagaimanapun, Khairy memberitahu pemberita hari ini bahawa beliau belum menerima surat saman dari Anwar.
Sebelum itu, Khairy melancarkan Pesta Pendidikan dan Karier anjuran Biro Pendidikan Pemuda Umno di ibu negara.
Kempen di internet
Sementara itu, Khairy juga berkata, Pemuda Umno memandang serius kempen pembangkang yang menggunakan Internet menjelang pilihanraya umum akan datang.
"Kempen Barisan Nasional (BN) belum rancak lagi tetapi kita akan membuat segala-galanya supaya mesej sampai kepada pengundi.
"Internet menjadi medium penting dalam masa akan datang tetapi orang lebih suka cerita yang sensasi daripada laporan yang mempunyai fakta, mungkin beritanya tidak sahih dan susah hendak mencari sumber.
"Sebab itu orang tidak gemar membaca akhbar lagi sehingga BN dan Umno sukar hendak menyampaikan berita sebenar tetapi kita perlu mengatasi kecenderungan itu," katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata, Umno sudah bersedia untuk berdepan dengannya kerana parti mempunyai Internet dan penulis-penulisnya sendiri.
Katanya, perkara ini akan ditangani segera kerana Internet akan menjadi saluran komunikasi penting dalam dunia sekarang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.