Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

permatang pauh by election nomination day 160808 39 Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.

Tarik diri

Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.

Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

pematang pauh by election nomination day 160808 06 "Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

Penjelasan Saifuddin

Manakala Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Dr Mansor mengemukakan borang pencalonan adalah satu strategi politik.

Bernama mela porkan beliau sebagai berkata, parti itu khuatir kertas penca lonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

"Strategi itu adalah betul kerana kita tidak mahu memberi laluan mudah kepada BN dan apabila SPR menolak bantahan oleh BN dan menerima borang pencalonan Anwar, Dr Mansor menarik semula pencalonannya", katanya.

Mansor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, mendaftar sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri sebaik pencalonan Anwar diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Hanafi yakin partinya boleh diterima oleh pengundi di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil kali ini.

Beliau berkata, partinya akan membangkitkan isu-isu nasional seperti masalah keselamatan, inflasi, ketidakstabilan politik, perpaduan nasional dan isu ekonomi.

Calon AKIM

permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate Sementara itu, Hanafi yakin dapat menarik banyak undi dalam p ilihanraya kecil ini.

AKIM adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995.

Sejak penubuhannya, parti itu telah meletakkan beberapa calonnya bertanding di Kelantan sewaktu pilihanraya umum tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Hanafi sendiri pernah bertanding sebagai calon bebas dan tewas di kerusi negeri Tanah Merah pada 1990.

Katanya, beliau bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai calon alternatif kepada pengundi yang menolak BN dan PKR.

'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

pematang pauh by election nomination day 160808 04 Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur' . Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh' . Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya' .

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu' . Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!! .

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.

ADS